Friday, September 11, 2009

masa

masa tidak pernah terikat dan tak kan terikat.

hanya manusia yang berjanji. kata orang janji mesti ditepati.


bukan kerana masa, tetapi kerana kita terikat dengan janji.


hari ini hari terakhir aku praktikal.


pernah aku terasa sedih. dan pernah juga aku terasa tidak sabar.


malah aku pernah gembira masa aku di sini (tempat praktikal) akan tamat.


tapi, aku sedih kerana masa aku bersama rakan-rakan seperjuangan akan tamat tidak sampai beberapa jam lagi.


selepas ini, aku tidak tahu bilakah masanya lagi kami akan bertemu.


mungkin tidak akan langsung bertemu.


dan masa sangat cemburu. tapi masa lah yang akan buat kita sentiasa ingat masa yang dah berlalu, yang sedang berlaku, dan paling penting, yang akan mendatang.


masa ibarat emas. semua orang tahu akan itu.


hargailah ia sebelum ia pergi meninggalkan kita.


kerana masa tidak akan pernah kembali. seperti kita, yang akan pergi dijemput Illahi dan tidak akan pernah kembali selepas pergi.










No comments:

Post a Comment