Wednesday, June 10, 2009

kisah klasik waktu skolah rendah

suatu petang, sebaik pulang dari skolah, aku lepak-lepak sambil makan,sambil-sambil tu tengok tv.yela, maklumlah baru berumur 9 tahun, kecik lagi ape yang aku tahu pasal dunia ni sangat kan?sedang aku mencuba dengan sedaya upaya menghabiskan makanan aku tu, tiba-tiba aku terdengar satu jeritan,
"ALONG!cepat habiskan nasi tuh.tolong mama tengok-tengok kan adik kau nih,ape saje lah yang dibuat dengan nasi tuh agaknye,"rungut mak kesayangan aku.hampir-hampir tercekik dibuatnye aku.
"ish mak aku nih potong stim betol lah."lantas,aku pun selesaikan nasi aku tuh dengan sesegera mungkin lalu aku ke bilik adik-adikku sejurus selepas basuh tangan.
"Weh,korang nih buat ape ha dalam bilik nih?bersiap macam mak nenek,"aku memekik kepada adik-adik aku yang tercinta tuh.adik-adikku yang muda dua tahun dari aku lantas segera bersiap dan langsung keluar menunggu pakcik van yang akan menghantar mereka ke skolah agama waktu petang.aku malas gila hari tuh sebab dah janji dengan jiran selang 5 rumah dari rumah aku, nak berlumba basikal.kejadah ape lumba basikal siang-siang buta nih?tapi janji punya pasal,nak jaga reputasi lagi aku teruskan juga.dipendekkan cerita,aku dan jiran aku tuh mulai perlumbaan kami.sempat jugak lah aku tunjuk skil-skil "lap" aku yang maha agung tuh pada jiran aku.sedang aku sungguh-sungguh mempamerkan skil,aku telah tak perasan selekoh merbahaya tepi rumah aku tuh.sebaik aku sedia nak ambil "lap",tatkala tu jugak lah basikal aku menjunam mencium bumi.lantas aku pun terjatuh lalu terseret beberapa meter ke depan.hasilnya,pipi aku berdarah kerana luka yang sdikit parah(kesan luka yang memanjang dari hujung mata membawak ke hujung bibir hampir ke dagu).pulang ke rumah,mak aku dengan baik hatinye,menambah lagi kesakitan telah aku sedia hadapi.padan muka.keesokkan harinye aku ke skolah,guru kelas aku waktu tu,Cikgu Wahida,bertanyakan kesan luka dipipi aku tu,aku dengan selamba jawab,
"saya race beskal petang semalam,cikgu."cikgu aku tu hanya mampu geleng kepala sebab anak murid dia nih jantina nye perempuan.

moral of the story:1)jangan malas pergi skolah petang(skolah agama)
2)jangan cuba-cuba berlagak dengan apa jua skil berlumba yang anda ade,dikhuatiri akan mendatangkan musibah.
3)sedar-sedar diri tu siapa.
4)yang paling penting,JANGAN LAWAN CAKAP MAK.
Read Comments