Wednesday, September 09, 2009

ironi

aku sedang dalam perjalanan ke tempat kerja. sedang menunggu tren LRT STAR datang menjemput ku.

aku terlihatkan seseorang di seberang sana.

aku kenal insan itu. kata teman sejiwa ku, insan itu menggelarkan dirinya Ketua Saintis Dunia.

kasihan kisahnya. dia jadi begitu akibat di tipu oleh rakan-rakannya yang begitu bijak memanipulasi kepintaran insan itu.

di lehernya, tergantung satu kertas yang berlaminasi. "NASIHAT SAYA KEPADA KERAJAAN"

aku tak tahu menahu akan maksud insan itu terhadap tulisannya. apakah dia ingin memberikan amaran kepada kerajaan bahawa dari zaman dulu sampailah sekrang memang banyak orang yang guna kebijaksanaan insan lain untuk kepentingan diri sendiri? tanpa mengira susah payah jerih perih mereka mencipta formula kecerdikan itu.

biarlah dia. dia jadi begitu akibat ditindas oleh manusia durjana.

yang menariknya, insan itu kini selalu bercakap sendiri meluahkan ketidakpuasan hatinya atas nasibnya kini sambil membawa sebuah troli biru berkipas kincir angin warna warni bersamanya.

ironi kisah ini, betul-betul disebelah insan itu, berdiri seorang wanita yang berperwatakan menarik.

sudah berkerjaya barangkali. benar.

aku lihat dia juga sedang bercakap. tapi tak tau dengan siapa.

baru aku perasan, di telinga wanita itu terselit bluetooth kaler putih.

sah, dunia sekarang makin gila!!
Read Comments