Tuesday, August 25, 2009

cinta

cinta. semua orang tahu apa itu cinta.

hatta, kanak-kanak bawah umur pun tahu apa itu cinta.

cinta dengan makna yang luas. cinta bisa bikin orang penasaran.

cinta bisa bikin orang kangen sampai hanyut ke tengah.

bagi kau, cinta itu cinta mati.

bagi aku, cinta itu mati apabila tiada cinta lagi.

tahu kenapa? sunyi. musuh cinta ialah sunyi.

tapi, aku tak mahu. tak mahu cinta itu mati kerana kau yang mematikannya.

jangan kau siram api sunyi dalam rimbunan cinta yang kita semai.

kelak, benih bisa jadi racun. percaya? aku kata yang benar.

pengalaman bisa jadi teladan. pengalaman juga bisa buat aku ternganga.

aku tak mahu dipersalahkan. tidak. aku tidak mahu.

tapi aku tak sanggup. untuk terhenti di tengah jalan dan meninggalkan kamu di situ.

aku bingung. mengapa persimpangan ini wujud? mahu aku berputus asa kah?

bantu aku, jangan biar aku terkapai-kapai. kelak aku akan karam di lautan yang baru bagi aku.
Read Comments