Friday, September 11, 2009

konfius!

jam menunjukkan pukul 2115h.

aku masih di ofis.

gila lah! hari terakhir perkhidmatan aku digunakan sepenuhnya.

dan aku rela. itu yang pasti.

lepas ni takde dah!
Read Comments

keletihan yang amat di hari terakhir praktikal

sangat penat dan letih.

pinggang dah rase macam nak tercabut je neh.

masih lagi mengetuk papan kekunci pc di depan mata.

terfikir ini adalah sentuhan terakhir.

dan, anda perlu jadi positif dan bertenaga.

walaupun anda tidak makan dan minum seharian.

walau anda tengah pening sekali pun.
Read Comments

masa

masa tidak pernah terikat dan tak kan terikat.

hanya manusia yang berjanji. kata orang janji mesti ditepati.


bukan kerana masa, tetapi kerana kita terikat dengan janji.


hari ini hari terakhir aku praktikal.


pernah aku terasa sedih. dan pernah juga aku terasa tidak sabar.


malah aku pernah gembira masa aku di sini (tempat praktikal) akan tamat.


tapi, aku sedih kerana masa aku bersama rakan-rakan seperjuangan akan tamat tidak sampai beberapa jam lagi.


selepas ini, aku tidak tahu bilakah masanya lagi kami akan bertemu.


mungkin tidak akan langsung bertemu.


dan masa sangat cemburu. tapi masa lah yang akan buat kita sentiasa ingat masa yang dah berlalu, yang sedang berlaku, dan paling penting, yang akan mendatang.


masa ibarat emas. semua orang tahu akan itu.


hargailah ia sebelum ia pergi meninggalkan kita.


kerana masa tidak akan pernah kembali. seperti kita, yang akan pergi dijemput Illahi dan tidak akan pernah kembali selepas pergi.










Read Comments