Saturday, August 29, 2009

sakit hati / hati sakit

foto. tau kenapa aku suke foto?

foto, satu benda yang tak kan menipu dan bisa menipu.

tapi melalui foto, akan timbul satu cerita.

tapi aku lebih percaya foto. sebab orang boleh putar belit fakta. tapi foto, tetap foto.

kau marah. saat aku terlibat dengan skandal. tapi, kau bagaimana?

skandal aku takkan bergambar berdua. tapi, dah brape banyak gambar skandal kau bersama perempuan lain?

gila aku nih! penjelasan," itu gambar dah lame. tahun lepas punya cerita." WTH???

tibe2 aku rasa nak skandal lagi. sementara masih ade mase. aku pedulik hape?

pastu amek gambar berdua BAAAAAAAAANYAK BANYAK!!!

biar kau tahu, ape itu sakit hati dan bagaimana rasa hati sakit.
Read Comments

Tuesday, August 25, 2009

cinta

cinta. semua orang tahu apa itu cinta.

hatta, kanak-kanak bawah umur pun tahu apa itu cinta.

cinta dengan makna yang luas. cinta bisa bikin orang penasaran.

cinta bisa bikin orang kangen sampai hanyut ke tengah.

bagi kau, cinta itu cinta mati.

bagi aku, cinta itu mati apabila tiada cinta lagi.

tahu kenapa? sunyi. musuh cinta ialah sunyi.

tapi, aku tak mahu. tak mahu cinta itu mati kerana kau yang mematikannya.

jangan kau siram api sunyi dalam rimbunan cinta yang kita semai.

kelak, benih bisa jadi racun. percaya? aku kata yang benar.

pengalaman bisa jadi teladan. pengalaman juga bisa buat aku ternganga.

aku tak mahu dipersalahkan. tidak. aku tidak mahu.

tapi aku tak sanggup. untuk terhenti di tengah jalan dan meninggalkan kamu di situ.

aku bingung. mengapa persimpangan ini wujud? mahu aku berputus asa kah?

bantu aku, jangan biar aku terkapai-kapai. kelak aku akan karam di lautan yang baru bagi aku.
Read Comments

Saturday, August 22, 2009

salah faham=faham salah

jealous. atau dalam bahasa MELAYU nya, cemburu.

apa ada dengan cemburu? idea gila. semua orang pernah rasa cemburu.

betul kan?

cuma, liga nya berbeda. aku tak faham.

ada satu kejadian. komen blog orang.

maksud pada awalnya aku TIDAK CEMBURU. tapi orang salah faham. ke aku bagi pemahaman yang salah pada orang?

lalu terbit persepsi salah di situ?

aku geram. bengang.

aku serius tak faham. apa masalah aku masuk campur dengan tak nak langsung ambil tahu?

ada sebab aku menzahirkan keadaan begitu.

DEFINITELY bukan sebab cemburu.

buat apa aku cemburu sedangkan aku bisa buat orang cemburu pada aku.

kan?

bila kisah ini terjadi, aku langsung jadi rimas dan malas.

aku dah tak kuasa nak campur dunia kamu.

dunia kamu mengajar aku erti punya hasad dengki.

siapa mahu? tiada. percayalah.

mulai hari ini, dunia kamu, dunia kamu.

tetapi dunia aku, kamu masih bisa sertai.

sebab, rasa rimas itu bercanggah dengan kata hati aku.

sungguh, aku hanya akan perhati dunia kamu dari jauh.

sebab, untuk masuk semula dalam dunia kamu, bisa buat aku punya tumor di kepala.
Read Comments

Friday, August 21, 2009

bulan pose

esok pose. malam ni tarawikh.

seronoknya. syukur sebab masih berpeluang bertemu ramadhan.

macam-macam kenangan sedari kecil hingga dewasa.

jangan cakap lah pasal ponteng pose. yakin sangat sume orang pernah lalu fasa itu.

betul x?

rindu nak tarawikh. rindu juga nak rasa suasana pose lagi.

pastu raya. jangan harap dah duit raya.

malu ja!
Read Comments

kehilangan > cont'd

kematian kedua-dua arwah begitu meruntun hati ku.

aku tak sangka teman sejiwa aku sangat kuat kerana dia pergi menziarah ke rumah arwah rakannya yang meninggal dunia kerana lemas di Lata Hammer, Bentong.

aku terpaksa cover untuk dua kisah sedih itu aku hampir menangis kerana kehilangan mereka sangat ditangisi oleh keluarga mereka.

apa agaknya rasanya apabila keluarga aku dan teman sejiwa aku akan rasa jika aku pergi meninggalkan mereka untuk selama-lamanya?

atau, apa perasaan aku andainya keluargaku atau teman sejiwa ku meninggalkan aku untuk selama-lamanya?

aku betol2 tak tahu....

al-Fatihah
Read Comments

Wednesday, August 19, 2009

kehilangan

ni kisah semalam.

aku dapat assignment yang sangat menyentuh hati. aku sebak. tapi ku tahan.

"ini tugas. aku kena slalu bersedia. jangan terbawak-bawak. walaupun seteruk mana ko jumpa mayat tuh," kata aku pada diri aku sendiri.

aku terus ke Hospital Sungai Buloh. disitu aku bakal berdepan dengan sesuatu yang pertama aku hadapi sejak bekerja nih.

aku gerak dengan kawan sekerja. kami senyap sunyi. sebak mungkin.

sebaik sampai, kami terus mengenalkan diri pada keluarga Allahyarham Muhammad Nafis Razak.

aku sedih. arwah Nafis hanya baru berusia tiga tahun. dia meninggal dunia kerana lemas di sungai di hadapan rumah ibu saudaranya sendiri.

aku bertemu bapa arwah. dia sebak ketika berkata-kata.

ibu arwah tidak dapat aku ketemu. bukan jodoh agaknya.

arwah lemas hanya kerana ingin mencuci seliparnya yang kotor.

aku lihat wajah arwah sewaktu dia ditemui.

tenang. seperti sedang tidur. kanak-kanak kecil yang masih belum tahu apa itu dosa.

hidup dengan keindahan. ternyata, Allah lebih sayangkan dia dan hanya dapat meminjamkan arwah untuk seketika kepada ibubapanya.

sebelum itu, aku terima panggilan dari teman sejiwa. memberitahu tentang kematian rakannya.

kenapa aku perlu hadapi dua kematian dalam satu masa yang sama?

dugaan aku benar-benar mencabar keimanan. tapi aku gagahkan juga.

............

to be continued>>>>>

Read Comments

Sunday, August 16, 2009

masih kisah semalam

aku merajuk. tak tau kenapa. teman sejiwa tak tahu.

biarlah rahsia. hahaha. mual aku.

dijadikan cerita, teman sejiwa ade show. malam di PJ. dia mengajak.

aku hilang mood. sape nak pegi tengok kau main?

puas dia ngajak. aku tetap tak mahu pergi. jual mahal lah kunon.

dalam diam, aku minta izin dari papa.

akhirnya, papa bagi dan syaratnya dia nak hantar.


yay!
aku menjerit suka. tapi,rilek dulu.

telefon bimbit berbunyi, tanda mesej masuk.

"camne yunk?sy otw dh." kata dia.

"xpe,awk g dlu.sy g sendiri nnt."

stop. aku memang sengaja. pedulik hape. aku geram.

mujur aku tak sesat. sampai ke destinasi akhirnya. aku buat satu panggilan.

"hello. awak katne?"

"APE?AWAK SESAT?! macam mane boleh sesat?saya dah sampai nih."

beberapa ketika berlalu. dia dengan suksesnya jumpa tempat yang dituju lepas aku beri arah.

sengal! aku tak betol2 tak faham macam mane dia boleh sesat. bukan tak biasa.

takpe,kesian dia. dah lambat. tiba2, aku sejuk tengok muka dia.

lagipun malas nak marah dia time nih.

nak mati?silakan berbuat begitu. (marah dia waktu dia sedang panik kerana lambat. nahas la jawabnya.)

hasilnya,aku dapat pujian. hati kembang,senyum ke telinga. ho lah!

puas hati kan? =D

Read Comments

kisah klasik ibu ku

"ros, finish your work quickly!"

"wait lah teacher! why you so bising2?" mak aku bertanya kepada guru INGLIS nye...

"Hey, hurry up la...finish you work and you can go back. down there, your driver is waiting for you...that's why i bising2..."

~~~ha? bile mase aku ade driver? monolog mak aku sendirian. padahal kawan2 sekelas dia tengah sebok duk gelak kan die.

"she got no driver lah teacher...that's her father. her father likes to treat her like princess, teacher.hehehehe," sampuk si kwn. mak aku jeling. nak kena nih!

"What?! that's her father eh? hey,ros why you always sit at the back? why don't you sit in front? so arrogant ha..."

""teacher, you can ask my father about that. he asked me to do so. there's nothing else i can do, teacher," terang mak aku kepada guru INGLIS nye tu.

memang sengal. ganjil ke kalau ade parents yang suke and willingly nak hantar anak2 mereka ke tempat yang mereka nak pegi?

tak salah aku rase. same macam apa yang aku lalui.

sebab, diorang risau.

semalam. nak gi dating pon bapak aku sudi nak hantar padahal aku hanya meminta izin pada mulanya.

tak sangka. itulah, kasih ibu sampai ke surga, kasih bapa tiada ending.

tapi dari zaman dolu2 sampai lah skarang, anak2 yang derhaka ade aje. melayu ISLAM plak tu.

kufur nikmat betol!


Read Comments

Friday, August 14, 2009

blogging

macam pc ni bapak aku punye. padahal aku tgh keje. banyak cantik muka aku. tapi itulah.

dah takde benda nak buat. blogging dah jadi hobi. gila! addicted kot.

tapi aku pedulik hape?selagi aku masih punya pc. walaupun bukan secara hakiki aku yang punya.

selamat!
Read Comments

seronok atas garisan (online)

aku nampak fokus. macam tengah buat kerja. tengah seronok.

memanglah kerja, kerja jugak.

tiba-tiba teringin nak membeli-belah.

duit takde. masa pun takde. takpe, beli dan belah di internet pun boley.

dah jumpa pun. banyak yang cantik2, menarik dan aku pun tertarik.

tapi, masalahnya duit aku disekat-sekat.

tak tahu kenapa, ptptn jadi ptp-tpu.

sialan. aku memang tengah sesak. entah-entah UIA yang sekat duit aku.

apehal plak? aku dah settle yuran pe! cam haram!

takpe. nanti aku sound kedua-dua institusi berkenaan. cuci mata dulu.

heh.
Read Comments

Thursday, August 13, 2009

keliru

hati aku suci. hahaha. betol ke? tapi aku tak takut bermimpi. seronok mimpi ni.

indah. riang. tenang. berlari dan terus tertawa.

orang kata orang yang suka mimpi ni hatinya putih. aku percaya.

sebab?dia suka warnakan hidup dia dengan warna-warna mimpi. tapi aku takkan jadi pemimpi sepenuhnya.

sebab? aku bukan suka melukis. tak pandai pun. aku suka menulis. tapi aku serapkan kesenian itu dalam tulisan aku.

keliru. memang keliru. apa yang aku suka buat sebenarnya? bermimpi atau menjadi pencipta mimpi? atau aku akan terus kan tulisan yang ibarat mimpi?

entah. stop. aku dah makin keliru.
Read Comments

mesej sebalik serangan babi

dunia sekarang dah makin tua. manusia pula sentiasa nak muda.

beringatlah, wabak dah macam2 sekarang ni. zaman teknologi sekarang babi pon dah boleh bunuh orang.

jaga kesihatan, jaga perlakuan. sudah2 lah pentingkan diri sendiri dan berpada2lah dengan kepuasan hidup yang tak kemana tu.

kita hidup bukan untuk suka2. mesti ada limitation.


Read Comments

babi yang semakin menular

aku ke tempat kerja. masih melalui rutin yang sama.

tunggu bas. naik bas. tunggu tren. naik tren. duduk.

masih ramai rakyat negara Mlesia ni yang tak sedar diri. masih belom mahu jaga kesihatan sebelum babi datang serang.

adakah mereka tidak tahu yang seramai 44 orang sudah mati akibat serangan babi ni?

atau mereka sekadar berserah? memang semua orang akan mati. cuma masa, punca kematian memang tidak boleh dijangka.

akan tetapi, tidak kah mereka terfikir, takdir tidak pernah menyuruh kita berserah pada kuasa yang mampu kita lawan?

aku biarkan manusia2 itu dengan pendirian dan corak fikiran mereka. seperti aku biarkan Luncai dan labu-labunya terjun ke laut.

aku selak dalam beg. penutup hidung dan mulut yang aku dapat secara percuma kelmarin, lantas aku sarungkan.

peduli pada mata yang memandang, mereka punya hak. seperti mana aku punya hak untuk teruskan hidup. berpantang maut sebelum ajal.

aku turun LRT CSL. sampai di perkarangan ofis, seorang polis bantuan mengeluarkan alat saringan untuk serangan babi ni.

idea hebat. aku sokong.

masuk ofis seperti biasa. kerja.
Read Comments

Tuesday, August 11, 2009

kisah pak arab

mengantok betol pagi ni. bahana tak cukup tido. sakit hati. sume sakit bila tak cukup tido.

naik LRT Putra. dari taman melati. aku duduk. sebelah aku pak arab.

aku cuba nak tido. tapi tak boleh. sebab?

pak arab sebelah aku ni sedang asyik dengan telefon bimbit dia. aku jeling.

jenama baru. hebat! aku jeling pulak telinga dia. sah.

aku cuba lelap mata lagi. tak dapat. aku fokus satu bunyi ni. selain bunyi sekeliling dan juga bunyi tren yang aku naik.

aku jeling lagi pak arab ni. dia tak perasan ke? dum.dum.dum.dum.dum.tak.dush.

banjingan.
kata hati aku.

korang rasa pak arab ni pekak ke telefon bimbit mahal dia yang rosak?
Read Comments

sejok panas!

aku rase sejok. air-cond nih ke yang rosak? takpe, aku tahan je la.

sedang aku sibuk menaip, blogging, fesbuk-ing, memang tak tengok kiri kanan punya.

aku terdengar bunyi tapak kaki dan kerusi ditolak.

aku toleh.

gampang. muka dia lagi. orang yang sama.

tiba-tiba aku rasa panas semacam.

"weh,front page..."

"so,what?"

sampai bila aku perlu tengok muka dia? adakah dia tahu yang dia bisa buat gunung berapi yang "tidur" jadi aktif?

biarkan. dia punya hak untuk hidup.

kalau aku, dah lama aku rejam sampai mati.

end.
Read Comments

Monday, August 10, 2009

apehal?

aku sedang seronok2 minum petang bersama teman seofis. nikmat terasa milo suam yang aku order mase tu. tiba-tiba...

datang seorang mamat sengal. aku buntu. kosong.

apehal? datang terus tarik kerusi sebelah aku dan duduk. sialan.

aku bangkit dan cuci tangan. lalu kerusi sebelah teman ku itu aku tarik. aku duduk buat muka selamba.

aku pedulik hape. ko selamba cam haram. aku pun boleh.
Read Comments

kebetulan yang mungkin bukan satu kebetulan

semalam, dapat satu call dari officemate aku btau aku ade assignment esok (hari ni) di Jln 222, PJ...aku pon salin la alamatnye n aku pelik sebab ade yang tak kena dengan alamat tu..nampak cam familiar je, tapi aku konfius gak...puaslah aku bertanya kpd papa, ayeh and mama...diorang kata, there is something with that address...aku dah pening, tapi tak kesah lah...gamble je lah esok kan?

hari ni...aku pon dengan penuh semangat, bergerak ke PJ menaiki LRT PUTRA...sampai2 terus aku naik teksi, cuak gak sbb pengalaman kena tipu tu dah ade..tawakal je lah.di pendekkan cerita, pakcik teksi yg membawa aku ke tempat tu tersangat lah baik...harga tambang pon tak naik lagi..hehehe pakcik tu berjaya membawa aku ke tempat tu dengan selamat tanpa menipu aku, sebab dia kata, tak baik tipu orang nih...bukan dapat apa pun...kerugian lagi adalah...aku pun usha la tempat tu, rupa2nya bangunan rumah kedai tu aku slalu pergi waktu aku kecik2 dulu...kat rumah kedai tu ade satu restoran mamak daun pisang, yg menjadi tempat kami sekluarga makan n lepak2...dah lama kitorang tak datang restoran tu...adela beberapa tahun...it's so nostalgic....

habis je assignment, aku trus sms teman sejiwa untuk lunch same2...dah lame rase sgt rasenye tak jumpa die walau baru seminggu...hahaha mengada btol!! tapi aku pedulik hape? alhamdulillah, dengan izin Nya, aku dapat jumpa teman aku tu...walau tak sampai 40 min aku jumpa dia...syukur...


hati aku puas sebab hari ini berjalan ngn lancar...walaupun aku tgh sakit perut..."bendera jepun"+meragam sebab makan nasi beriyani, smlm...hihihi

aku percaya, berkat doa orang sakit ni memang dimakbulkan Allah...insya Allah,kalau niat nya baik...

yang penting, niat mesti baik tulus ikhlas tapi kena ingat, NIAT TAK PERNAH MENGHALALKAN CARA...


Read Comments

Friday, August 07, 2009

apa aku patut buat?

bosan.dari tadi duduk depan pc mengadap blog.aku ni bekerja atau tidak?buat-buat ada je lah.tapi dah naik kematu punggong nih.ade idea?
Read Comments

kebosanan tahap dewa

Sebulan menjalani praktikal adalah sebulan yang paling lama dalam hidup aku. macam mana nak sampai tiga bulan?memang sakit lah! bukan apa, persekitaran setakat nih masih dalam kawalan, tapi kalau dapat partner (partner ke?!aku dh naek boring tengok muka mamat nih) cam haram, memang aku rasa tak sabar dah nak tamatkan praktikal nih. sebab dia nih suka berlagak tapi tak nak mengaku, (yelah, kalau dah berak bersepah, takkan nak mengaku kan?) dah lah muka cam sengal. sungguh aku dah tak sanggup nak kerja sini selepas mamat cakap dia pun nak sambung kat sini sebaik saja aku mengatakan aku nak retain kat tempat praktikal aku nih...(tapi itu dulu lah seblom aku tau niat dia tu)

harap2nya cepatlah masa praktikal nih berlalu, aku dah tak tahan ngan orang2 kat sini. birokrasi, bodek membodek, ampu jangan cakap lah. pendek kata, macam-macam ada!!!!
Read Comments