Thursday, August 13, 2009

keliru

hati aku suci. hahaha. betol ke? tapi aku tak takut bermimpi. seronok mimpi ni.

indah. riang. tenang. berlari dan terus tertawa.

orang kata orang yang suka mimpi ni hatinya putih. aku percaya.

sebab?dia suka warnakan hidup dia dengan warna-warna mimpi. tapi aku takkan jadi pemimpi sepenuhnya.

sebab? aku bukan suka melukis. tak pandai pun. aku suka menulis. tapi aku serapkan kesenian itu dalam tulisan aku.

keliru. memang keliru. apa yang aku suka buat sebenarnya? bermimpi atau menjadi pencipta mimpi? atau aku akan terus kan tulisan yang ibarat mimpi?

entah. stop. aku dah makin keliru.
Read Comments

mesej sebalik serangan babi

dunia sekarang dah makin tua. manusia pula sentiasa nak muda.

beringatlah, wabak dah macam2 sekarang ni. zaman teknologi sekarang babi pon dah boleh bunuh orang.

jaga kesihatan, jaga perlakuan. sudah2 lah pentingkan diri sendiri dan berpada2lah dengan kepuasan hidup yang tak kemana tu.

kita hidup bukan untuk suka2. mesti ada limitation.


Read Comments

babi yang semakin menular

aku ke tempat kerja. masih melalui rutin yang sama.

tunggu bas. naik bas. tunggu tren. naik tren. duduk.

masih ramai rakyat negara Mlesia ni yang tak sedar diri. masih belom mahu jaga kesihatan sebelum babi datang serang.

adakah mereka tidak tahu yang seramai 44 orang sudah mati akibat serangan babi ni?

atau mereka sekadar berserah? memang semua orang akan mati. cuma masa, punca kematian memang tidak boleh dijangka.

akan tetapi, tidak kah mereka terfikir, takdir tidak pernah menyuruh kita berserah pada kuasa yang mampu kita lawan?

aku biarkan manusia2 itu dengan pendirian dan corak fikiran mereka. seperti aku biarkan Luncai dan labu-labunya terjun ke laut.

aku selak dalam beg. penutup hidung dan mulut yang aku dapat secara percuma kelmarin, lantas aku sarungkan.

peduli pada mata yang memandang, mereka punya hak. seperti mana aku punya hak untuk teruskan hidup. berpantang maut sebelum ajal.

aku turun LRT CSL. sampai di perkarangan ofis, seorang polis bantuan mengeluarkan alat saringan untuk serangan babi ni.

idea hebat. aku sokong.

masuk ofis seperti biasa. kerja.
Read Comments