Monday, December 14, 2009

haru biru di saloma bistro

7 disember, 2009. isnin.

mengikut teman sejiwa membuat persembahan di saloma bistro ampang.

seronok sebab dah lama ingin jejak kaki di situ. saja nak tengok kehidupan orang kaya.

kaya seni kaya duit.

lagipun itu tempat mengenang hasil agung seni allahyarham saloma dan allahyarham tan sri p. ramlee.

di situ juga pusat pelancongan malaysia.

jadi, ramai pelancong dari serata dunia.

persembahan mereka kali ini sempena hari aids sedunia.

tetapi inilah show paling huru hara yang pernah aku kunjung.

penaja yang gila kuasa, pengurusan masa yang sangat haru biru, gelagat peserta yang sungguh "1MALAYSIA".

ternyata mereka salah konsep.

hilang budaya yang sangat tinggi nilai estetikanya.

jadi eksotik. yang langsung lari dari sentimen-sentimen kehalusan adat budaya malaysia.

satu terjahan di fikiran ku, adakah mereka ini hilang akal? atau sudah hilang kepekaan terhadap akar umbi asal usul mereka sendiri akibat terlalu ingin berintegrasi dengan bangsa penjajah yang dahulu pernah menyekat kebebasan mereka?

adakah mereka ini sudah lupa akan erti kata sebenar kebebasan yang dijuangkan oleh para pejuang zaman dahulu?

yang akhirnya mengikat mereka kembali pada fahaman dan budaya penjajah tanpa mereka sedari.

kasihan orang kita sekarang.

menyedihkan!
Read Comments

kenang-kenangan di temasek

temasek.

atau singapura.

masuk kali ini, ia sudah kali kedua.

aku ke singapura.

pertama kali, ke rumah sahabatku, khairun nisa yusni.

atas undangan yang tidak formal. saja jalan-jalan.

belajar melancong sendirian dan belajar apa itu berdikari di negara orang.

walaupun singapura itu terlalu dekat dengan malaysia, tapi aku tetap berada di luar negara. ahahaha.

seronok. merata tempat di singapura aku jejak.

yishun, kranji, bugis street, orchard street, geylang, city hall, raffles place, esplanade dan tampines.

termasuklah bertemu bersama datuk singa. the merlion.

turut serta, teman sejiwa, wahyun anwar abd rahman.

itupun selepas selesai persembahan mereka di majlis perkahwinan norfasarie yahya dan baihaqi.

si perempuan, model dan pelakon negara itu manakala si lelaki ialah pemain bola sepak singapura.

banyak yang aku pelajari tika pertama kali disitu.

kebanyakannya cara hidup dan pergaulan.

kedua kalinya, juga atas undangan. tetapi undangan walimatul 'urus.

majlis perkahwinan sahabatku tadi.

kali ini, perasaan itu bercampur baur.

sedih juga gembira.

teruja juga.

penambahan ahli baru, bekas teman sebilik, siti adila mohamad.

kasihan dia. baru belajar cara hidup yang serba serbi pantas.

bagus untuk dia.

kadang-kadang, perangai dan cara laku seseorang itu bisa buat kita pusing.

aku juga belajar. stress management juga perhebatkan lagi time management.

alhamdulillah, sukses.

pendek kata, aku seronok dan ingin mengembara lagi!
Read Comments

Thursday, November 26, 2009

tak faham bahasa

nombor pelik dan aneh-aneh kerap muncul di skrin telefon bimbit milik aku.

mulanya aku biarkan. memang langsung tak peduli.

datang suatu hari, satu nombor aneh muncul sebagai one missed call. ( satu panggilan yang terlepas.hurm...masalah bahasa yang bertembung)

aku musykil dan seperti lazim, aku berlagak biasa.

hingga tiba satu mesej. dari nombor yang baru sahaja terlepas dari diterima.

aku memang hangen bila baca mesej itu. aku balas bertanyakan siapa gerangan yang berani mengganggu itu.

hah!masih wujud lagi makhluk Allah yang satu ini. aku menyirap dan sesungguhnya aku tak langsung nak minum air sirap.

apa yang dia nak lagi setelah aku katakan yang antara kami semuanya sudah berakhir?

adakah makhluk Allah ini tak faham bahasa?

adakah aku menggunakan bahasa yang memang langsung dia tak mengerti?

sesedar aku, dia berbangsa Melayu yang tentu sekali faham dengan baik erti bahasa.

adakah perlu aku berbahasa asing baru dia akan faham?

sebab setahu aku, dia memang tak faham walau aku berbahasa Jepun sekali pun.

itu sudah tentu.

mengapa aku berkata begitu sedangkan mungkin sebarang kebarangkalian yang dia faham akan ada.

tetapi, pada aku, jika bahasa ibunda sendiri dia menolak untuk memahaminya, apatah lagi keupayaan dia untuk memahami bahasa ibunda orang lain.

itu aku pasti.

damn! when I say it's over, IT IS OVER, DUDE!!
Read Comments

Thursday, November 19, 2009



hidup ku
Read Comments

Read Comments

Monday, November 16, 2009

kisah cinta orang lain

ini kisah cinta orang lain.

bukan aku dan teman sejiwa ku.

kisah cinta bersegi-segi. terlalu banyak segi.

dugaan dari luar buat ia nampak teruk.

tapi apa kaitan dengan aku?

si arjuna ialah bekas teman sejiwa aku.

berkasih-kasih dengan teman sekelas ku semester terakhir selepas tiada jodoh dengan ku.

aku tak kisah. aku sendiri teruskan hidup.

kisah mereka agak tragik. mungkin, padaku.

si arjuna pernah berkata, dia menyesal kerana meninggalkan ku.

tapi adakah kefahaman dia tentang tiada jodoh itu cetek?

dia cuba bercinta dengan teman sekelas ku ini. hampir setahun.

aku gembira lihat dia bahagia. tapi aku tau melalui matanya, dia tidak.

biarkan.

suatu hari, "salam...fairuz, bz x rini?skrg keje katne?"

lebih kurang mesej yang aku terima dari teman sekelas.

aku beri jawapan dan dia mengatakan dia ingin bertanya tentang si arjuna. dah hampir setahun baru nak tanya?

aku beri jawapan yang dia perlukan. langsung dia menceritakan kisah mereka.

dah putus. atas sebab si arjuna punya cinta lain.

si arjuna tidak pernah bersikap begini dulu. ya, manusia berubah.

lebih bagus ke arah yang lebih baik.

pendek cerita, baik si arjuna mahupun teman sekelas, hanya bikin diriku kalut, serabut dan ribut.

masing-masing dah hilang kasih sayang dan yang tersayang, kenapa aku yang mesti beri jawapan?

mana yang lebih teruk, hilang kasih sayang atau hilang yang tersayang?

langsung kepala ku memutarkan bait-bait lirik lagu the show oleh Lenka, penyanyi genit dari British.

just enjoy the show... =D
Read Comments

1 bulan 1 minggu

dari oktober 9 hingga lah november 16.

cukup 1 bulan 1 minggu.

masa yang sangat cemburu pada aku tidak membenarkan aku bermanja-manja dengan blog kesayangan.

tetapi, semua yang tersurat punya maksud tersirat.

kesabaran begitu menuntut aku mengabdikan diriku dengan erti kata yang sebenar.

mengasuh dua anak kecil dan membantu ibu dengan kerja-kerja di rumah.

melayan kesibukan teman sejiwa yang seribu kali lebih sibuk dari aku walaupun aku nampak lebih sibuk. as a matter of fact.

1 bulan 1 minggu.

dan aku masih sempat menghantar resume milikku ke merata syarikat yang mungkin memerlukan aku.

atas sebab kewangan yang semakin sempit dan desakan seorang ayah yang dah tak mampu nak tengok anaknya duduk sesuka hati di rumah.

in fact, aku enjoy belajar tentang segala benda yang dah termaktub dalam kehidupan aku sebagai seorang penganggur terhormat dalam masa 1 bulan 1 minggu ni.

hail life!!
Read Comments

Friday, October 09, 2009

kisah berani aku

kereta bergear manual.


aku takut.


entah nak takut kenapa aku sendiri tak tau.

tapi, pada hari rabu 7 hari bulan Oktober tahun masihi 2009 kalendar Gregorian aku berjaya memandu kereta bergear manual.


sampai ke Hospital Ampang Puteri. gila!


atas paksaan seorang budak berumur 3 tahun yang memiliki nama Muhammad Luqman Harith.


aku gagahkan demi papa, mama, Harith (si budak tot yang sangat mengada) memandu dengan penuh yakin (walau aku tak tau mana datangnya keyakinan itu)


alhamdulillah, kami bertiga selamat sampai.


akhirnya, aku berupaya memandu kereta bergear manual.


gila! ada ke orang kesah kau boleh atau tak? syok sendiri lah.

ikut suka aku lah. 


Read Comments

Monday, October 05, 2009

ego

ego.

kau ego.

aku ego?

siapa kata?

aku kata.

aku pun kata kau juga sama.

kenapa?

sebab kita perlu saling lengkap melengkapi.

benar?

ya, dan kau harus berubah.

aku? kenapa?

sebab kau bukan begitu.

habis, kau? tidak perlu berubah?

aku bukan seorang yang ego.

siapa kata?

aku kata.

SHUT UP!!!
Read Comments

dunia gila!

petang.

aku sedang lepak di pekan lama kopi putih.

bersama aku, sepupu aku. perempuan.


sedang kami, menikmati hidangan minum petang kami, datang tiga perempuan melayu terakhir.


manis berbaju kurung, sanjungan tradisi melayu.

lengkap dengan sanggul di kepala. selendang pula terbuai-buai di bahu salah seorang daripada mereka.


kagum aku melihat mereka. manis lagaknya.



sesuai dengan nama restoran mewah ini.

aku terus nikmati hidangan aku itu.


tiba-tiba, sedang aku mengangkat kepala, aku terkejut bagai melihat beruk.


(tapi kenapa perlu beruk?)


si manis bersanggul dengan selendang, mengeluarkan sesuatu.


aku ralit. terpukau pun. malah saat itu juga aku rasa terpukul.


menyesal dengan pujian aku hamburkan awal-awal tadi.


HELL!!

nak tahu mengapa?


hidung si manis itu berasap. 


lantas aku kerling tangannya.


huh! rokok sebatang sedang berapi.


marak apinya seperti hati aku yang menyumpah kelakuan si manis itu.


langsung masam!




Read Comments

Wednesday, September 30, 2009

salam kemaafan

dari jauh ku pohon kan ampun maaf...

sejak hari itu, aku sungguh sibuk.

ingat kan bila dah keluar dari tempat itu, aku akan punya masa lapang.

namun, itu hanya mimpi.

aku masih juga sibuk.

tambahan pula, syawal dah makin hampir.

tapi itu kisah lalu.

sekarang aku menjadi pencuri.

pencuri masa untuk blog terchenta ku ini.

maaf sekali lagi kerana sudah hampir sebulan (mungkin) aku menghilangkan diri.

dan buat pembaca2 blog ku (kiranya ada) jangan keberatan untuk menunggu kisah2 terbaru si pari-pari melayu dalam menempuh hidupnya selepas menamatkan pengajiannya.

selamat maju jaya...(apehal aku neh? sengal!)
Read Comments

Saturday, September 12, 2009

mari!!!

aku dah penat!

mari pulang.

dan esok aku tak akan datang lagi di sini.

mungkin ada, tapi hanya sebagai pelawat.

tidak mungkin aku akan bekerja sebagai wartawan.

siapa nak jaga anak-anak aku nanti?

jauh mimpi. nikah pon belom!

sudah, jum balik!
Read Comments

Friday, September 11, 2009

konfius!

jam menunjukkan pukul 2115h.

aku masih di ofis.

gila lah! hari terakhir perkhidmatan aku digunakan sepenuhnya.

dan aku rela. itu yang pasti.

lepas ni takde dah!
Read Comments

keletihan yang amat di hari terakhir praktikal

sangat penat dan letih.

pinggang dah rase macam nak tercabut je neh.

masih lagi mengetuk papan kekunci pc di depan mata.

terfikir ini adalah sentuhan terakhir.

dan, anda perlu jadi positif dan bertenaga.

walaupun anda tidak makan dan minum seharian.

walau anda tengah pening sekali pun.
Read Comments

masa

masa tidak pernah terikat dan tak kan terikat.

hanya manusia yang berjanji. kata orang janji mesti ditepati.


bukan kerana masa, tetapi kerana kita terikat dengan janji.


hari ini hari terakhir aku praktikal.


pernah aku terasa sedih. dan pernah juga aku terasa tidak sabar.


malah aku pernah gembira masa aku di sini (tempat praktikal) akan tamat.


tapi, aku sedih kerana masa aku bersama rakan-rakan seperjuangan akan tamat tidak sampai beberapa jam lagi.


selepas ini, aku tidak tahu bilakah masanya lagi kami akan bertemu.


mungkin tidak akan langsung bertemu.


dan masa sangat cemburu. tapi masa lah yang akan buat kita sentiasa ingat masa yang dah berlalu, yang sedang berlaku, dan paling penting, yang akan mendatang.


masa ibarat emas. semua orang tahu akan itu.


hargailah ia sebelum ia pergi meninggalkan kita.


kerana masa tidak akan pernah kembali. seperti kita, yang akan pergi dijemput Illahi dan tidak akan pernah kembali selepas pergi.










Read Comments

Wednesday, September 09, 2009

ironi

aku sedang dalam perjalanan ke tempat kerja. sedang menunggu tren LRT STAR datang menjemput ku.

aku terlihatkan seseorang di seberang sana.

aku kenal insan itu. kata teman sejiwa ku, insan itu menggelarkan dirinya Ketua Saintis Dunia.

kasihan kisahnya. dia jadi begitu akibat di tipu oleh rakan-rakannya yang begitu bijak memanipulasi kepintaran insan itu.

di lehernya, tergantung satu kertas yang berlaminasi. "NASIHAT SAYA KEPADA KERAJAAN"

aku tak tahu menahu akan maksud insan itu terhadap tulisannya. apakah dia ingin memberikan amaran kepada kerajaan bahawa dari zaman dulu sampailah sekrang memang banyak orang yang guna kebijaksanaan insan lain untuk kepentingan diri sendiri? tanpa mengira susah payah jerih perih mereka mencipta formula kecerdikan itu.

biarlah dia. dia jadi begitu akibat ditindas oleh manusia durjana.

yang menariknya, insan itu kini selalu bercakap sendiri meluahkan ketidakpuasan hatinya atas nasibnya kini sambil membawa sebuah troli biru berkipas kincir angin warna warni bersamanya.

ironi kisah ini, betul-betul disebelah insan itu, berdiri seorang wanita yang berperwatakan menarik.

sudah berkerjaya barangkali. benar.

aku lihat dia juga sedang bercakap. tapi tak tau dengan siapa.

baru aku perasan, di telinga wanita itu terselit bluetooth kaler putih.

sah, dunia sekarang makin gila!!
Read Comments

Tuesday, September 08, 2009

saat-saat perpisahan

asal berpisah jek sedih.

asal sedih jek berpisah.

pelik. dan aku tak faham.

aku pernah lalui. tapi tetap tak faham.

kisah kami. hampir melalui saat-saat itu.

aku serik. tapi kadang-kadang aku tak.

aku sayang. tapi kadang-kadang tertanya-tanya kenapa aku sayang.

sungguh, dia nyawa aku. bila dia berkata, adakah aku bukan siapa-siapa sedangkan dia sanggup bersusah payah untuk aku?

aku terdiam. benar. malahan tepat panahannya.

adakah aku bukan siapa-siapa bila dia sanggup memujuk dengan memarahi aku? pelik bukan?

itu cara dia. bikin aku terpana.

pujuk sambil marah. tapi sudahnya air mata kami mengalir.

tidak sanggup kami bayangkan. hidup tanpa masing-masing dalam hidup.

benar, saat-saat perpisahan itu ibarat senjata pembunuhan kami berdua.

cukup. kami tidak mahu.
Read Comments

Saturday, August 29, 2009

sakit hati / hati sakit

foto. tau kenapa aku suke foto?

foto, satu benda yang tak kan menipu dan bisa menipu.

tapi melalui foto, akan timbul satu cerita.

tapi aku lebih percaya foto. sebab orang boleh putar belit fakta. tapi foto, tetap foto.

kau marah. saat aku terlibat dengan skandal. tapi, kau bagaimana?

skandal aku takkan bergambar berdua. tapi, dah brape banyak gambar skandal kau bersama perempuan lain?

gila aku nih! penjelasan," itu gambar dah lame. tahun lepas punya cerita." WTH???

tibe2 aku rasa nak skandal lagi. sementara masih ade mase. aku pedulik hape?

pastu amek gambar berdua BAAAAAAAAANYAK BANYAK!!!

biar kau tahu, ape itu sakit hati dan bagaimana rasa hati sakit.
Read Comments

Tuesday, August 25, 2009

cinta

cinta. semua orang tahu apa itu cinta.

hatta, kanak-kanak bawah umur pun tahu apa itu cinta.

cinta dengan makna yang luas. cinta bisa bikin orang penasaran.

cinta bisa bikin orang kangen sampai hanyut ke tengah.

bagi kau, cinta itu cinta mati.

bagi aku, cinta itu mati apabila tiada cinta lagi.

tahu kenapa? sunyi. musuh cinta ialah sunyi.

tapi, aku tak mahu. tak mahu cinta itu mati kerana kau yang mematikannya.

jangan kau siram api sunyi dalam rimbunan cinta yang kita semai.

kelak, benih bisa jadi racun. percaya? aku kata yang benar.

pengalaman bisa jadi teladan. pengalaman juga bisa buat aku ternganga.

aku tak mahu dipersalahkan. tidak. aku tidak mahu.

tapi aku tak sanggup. untuk terhenti di tengah jalan dan meninggalkan kamu di situ.

aku bingung. mengapa persimpangan ini wujud? mahu aku berputus asa kah?

bantu aku, jangan biar aku terkapai-kapai. kelak aku akan karam di lautan yang baru bagi aku.
Read Comments

Saturday, August 22, 2009

salah faham=faham salah

jealous. atau dalam bahasa MELAYU nya, cemburu.

apa ada dengan cemburu? idea gila. semua orang pernah rasa cemburu.

betul kan?

cuma, liga nya berbeda. aku tak faham.

ada satu kejadian. komen blog orang.

maksud pada awalnya aku TIDAK CEMBURU. tapi orang salah faham. ke aku bagi pemahaman yang salah pada orang?

lalu terbit persepsi salah di situ?

aku geram. bengang.

aku serius tak faham. apa masalah aku masuk campur dengan tak nak langsung ambil tahu?

ada sebab aku menzahirkan keadaan begitu.

DEFINITELY bukan sebab cemburu.

buat apa aku cemburu sedangkan aku bisa buat orang cemburu pada aku.

kan?

bila kisah ini terjadi, aku langsung jadi rimas dan malas.

aku dah tak kuasa nak campur dunia kamu.

dunia kamu mengajar aku erti punya hasad dengki.

siapa mahu? tiada. percayalah.

mulai hari ini, dunia kamu, dunia kamu.

tetapi dunia aku, kamu masih bisa sertai.

sebab, rasa rimas itu bercanggah dengan kata hati aku.

sungguh, aku hanya akan perhati dunia kamu dari jauh.

sebab, untuk masuk semula dalam dunia kamu, bisa buat aku punya tumor di kepala.
Read Comments

Friday, August 21, 2009

bulan pose

esok pose. malam ni tarawikh.

seronoknya. syukur sebab masih berpeluang bertemu ramadhan.

macam-macam kenangan sedari kecil hingga dewasa.

jangan cakap lah pasal ponteng pose. yakin sangat sume orang pernah lalu fasa itu.

betul x?

rindu nak tarawikh. rindu juga nak rasa suasana pose lagi.

pastu raya. jangan harap dah duit raya.

malu ja!
Read Comments

kehilangan > cont'd

kematian kedua-dua arwah begitu meruntun hati ku.

aku tak sangka teman sejiwa aku sangat kuat kerana dia pergi menziarah ke rumah arwah rakannya yang meninggal dunia kerana lemas di Lata Hammer, Bentong.

aku terpaksa cover untuk dua kisah sedih itu aku hampir menangis kerana kehilangan mereka sangat ditangisi oleh keluarga mereka.

apa agaknya rasanya apabila keluarga aku dan teman sejiwa aku akan rasa jika aku pergi meninggalkan mereka untuk selama-lamanya?

atau, apa perasaan aku andainya keluargaku atau teman sejiwa ku meninggalkan aku untuk selama-lamanya?

aku betol2 tak tahu....

al-Fatihah
Read Comments

Wednesday, August 19, 2009

kehilangan

ni kisah semalam.

aku dapat assignment yang sangat menyentuh hati. aku sebak. tapi ku tahan.

"ini tugas. aku kena slalu bersedia. jangan terbawak-bawak. walaupun seteruk mana ko jumpa mayat tuh," kata aku pada diri aku sendiri.

aku terus ke Hospital Sungai Buloh. disitu aku bakal berdepan dengan sesuatu yang pertama aku hadapi sejak bekerja nih.

aku gerak dengan kawan sekerja. kami senyap sunyi. sebak mungkin.

sebaik sampai, kami terus mengenalkan diri pada keluarga Allahyarham Muhammad Nafis Razak.

aku sedih. arwah Nafis hanya baru berusia tiga tahun. dia meninggal dunia kerana lemas di sungai di hadapan rumah ibu saudaranya sendiri.

aku bertemu bapa arwah. dia sebak ketika berkata-kata.

ibu arwah tidak dapat aku ketemu. bukan jodoh agaknya.

arwah lemas hanya kerana ingin mencuci seliparnya yang kotor.

aku lihat wajah arwah sewaktu dia ditemui.

tenang. seperti sedang tidur. kanak-kanak kecil yang masih belum tahu apa itu dosa.

hidup dengan keindahan. ternyata, Allah lebih sayangkan dia dan hanya dapat meminjamkan arwah untuk seketika kepada ibubapanya.

sebelum itu, aku terima panggilan dari teman sejiwa. memberitahu tentang kematian rakannya.

kenapa aku perlu hadapi dua kematian dalam satu masa yang sama?

dugaan aku benar-benar mencabar keimanan. tapi aku gagahkan juga.

............

to be continued>>>>>

Read Comments

Sunday, August 16, 2009

masih kisah semalam

aku merajuk. tak tau kenapa. teman sejiwa tak tahu.

biarlah rahsia. hahaha. mual aku.

dijadikan cerita, teman sejiwa ade show. malam di PJ. dia mengajak.

aku hilang mood. sape nak pegi tengok kau main?

puas dia ngajak. aku tetap tak mahu pergi. jual mahal lah kunon.

dalam diam, aku minta izin dari papa.

akhirnya, papa bagi dan syaratnya dia nak hantar.


yay!
aku menjerit suka. tapi,rilek dulu.

telefon bimbit berbunyi, tanda mesej masuk.

"camne yunk?sy otw dh." kata dia.

"xpe,awk g dlu.sy g sendiri nnt."

stop. aku memang sengaja. pedulik hape. aku geram.

mujur aku tak sesat. sampai ke destinasi akhirnya. aku buat satu panggilan.

"hello. awak katne?"

"APE?AWAK SESAT?! macam mane boleh sesat?saya dah sampai nih."

beberapa ketika berlalu. dia dengan suksesnya jumpa tempat yang dituju lepas aku beri arah.

sengal! aku tak betol2 tak faham macam mane dia boleh sesat. bukan tak biasa.

takpe,kesian dia. dah lambat. tiba2, aku sejuk tengok muka dia.

lagipun malas nak marah dia time nih.

nak mati?silakan berbuat begitu. (marah dia waktu dia sedang panik kerana lambat. nahas la jawabnya.)

hasilnya,aku dapat pujian. hati kembang,senyum ke telinga. ho lah!

puas hati kan? =D

Read Comments

kisah klasik ibu ku

"ros, finish your work quickly!"

"wait lah teacher! why you so bising2?" mak aku bertanya kepada guru INGLIS nye...

"Hey, hurry up la...finish you work and you can go back. down there, your driver is waiting for you...that's why i bising2..."

~~~ha? bile mase aku ade driver? monolog mak aku sendirian. padahal kawan2 sekelas dia tengah sebok duk gelak kan die.

"she got no driver lah teacher...that's her father. her father likes to treat her like princess, teacher.hehehehe," sampuk si kwn. mak aku jeling. nak kena nih!

"What?! that's her father eh? hey,ros why you always sit at the back? why don't you sit in front? so arrogant ha..."

""teacher, you can ask my father about that. he asked me to do so. there's nothing else i can do, teacher," terang mak aku kepada guru INGLIS nye tu.

memang sengal. ganjil ke kalau ade parents yang suke and willingly nak hantar anak2 mereka ke tempat yang mereka nak pegi?

tak salah aku rase. same macam apa yang aku lalui.

sebab, diorang risau.

semalam. nak gi dating pon bapak aku sudi nak hantar padahal aku hanya meminta izin pada mulanya.

tak sangka. itulah, kasih ibu sampai ke surga, kasih bapa tiada ending.

tapi dari zaman dolu2 sampai lah skarang, anak2 yang derhaka ade aje. melayu ISLAM plak tu.

kufur nikmat betol!


Read Comments

Friday, August 14, 2009

blogging

macam pc ni bapak aku punye. padahal aku tgh keje. banyak cantik muka aku. tapi itulah.

dah takde benda nak buat. blogging dah jadi hobi. gila! addicted kot.

tapi aku pedulik hape?selagi aku masih punya pc. walaupun bukan secara hakiki aku yang punya.

selamat!
Read Comments

seronok atas garisan (online)

aku nampak fokus. macam tengah buat kerja. tengah seronok.

memanglah kerja, kerja jugak.

tiba-tiba teringin nak membeli-belah.

duit takde. masa pun takde. takpe, beli dan belah di internet pun boley.

dah jumpa pun. banyak yang cantik2, menarik dan aku pun tertarik.

tapi, masalahnya duit aku disekat-sekat.

tak tahu kenapa, ptptn jadi ptp-tpu.

sialan. aku memang tengah sesak. entah-entah UIA yang sekat duit aku.

apehal plak? aku dah settle yuran pe! cam haram!

takpe. nanti aku sound kedua-dua institusi berkenaan. cuci mata dulu.

heh.
Read Comments

Thursday, August 13, 2009

keliru

hati aku suci. hahaha. betol ke? tapi aku tak takut bermimpi. seronok mimpi ni.

indah. riang. tenang. berlari dan terus tertawa.

orang kata orang yang suka mimpi ni hatinya putih. aku percaya.

sebab?dia suka warnakan hidup dia dengan warna-warna mimpi. tapi aku takkan jadi pemimpi sepenuhnya.

sebab? aku bukan suka melukis. tak pandai pun. aku suka menulis. tapi aku serapkan kesenian itu dalam tulisan aku.

keliru. memang keliru. apa yang aku suka buat sebenarnya? bermimpi atau menjadi pencipta mimpi? atau aku akan terus kan tulisan yang ibarat mimpi?

entah. stop. aku dah makin keliru.
Read Comments

mesej sebalik serangan babi

dunia sekarang dah makin tua. manusia pula sentiasa nak muda.

beringatlah, wabak dah macam2 sekarang ni. zaman teknologi sekarang babi pon dah boleh bunuh orang.

jaga kesihatan, jaga perlakuan. sudah2 lah pentingkan diri sendiri dan berpada2lah dengan kepuasan hidup yang tak kemana tu.

kita hidup bukan untuk suka2. mesti ada limitation.


Read Comments

babi yang semakin menular

aku ke tempat kerja. masih melalui rutin yang sama.

tunggu bas. naik bas. tunggu tren. naik tren. duduk.

masih ramai rakyat negara Mlesia ni yang tak sedar diri. masih belom mahu jaga kesihatan sebelum babi datang serang.

adakah mereka tidak tahu yang seramai 44 orang sudah mati akibat serangan babi ni?

atau mereka sekadar berserah? memang semua orang akan mati. cuma masa, punca kematian memang tidak boleh dijangka.

akan tetapi, tidak kah mereka terfikir, takdir tidak pernah menyuruh kita berserah pada kuasa yang mampu kita lawan?

aku biarkan manusia2 itu dengan pendirian dan corak fikiran mereka. seperti aku biarkan Luncai dan labu-labunya terjun ke laut.

aku selak dalam beg. penutup hidung dan mulut yang aku dapat secara percuma kelmarin, lantas aku sarungkan.

peduli pada mata yang memandang, mereka punya hak. seperti mana aku punya hak untuk teruskan hidup. berpantang maut sebelum ajal.

aku turun LRT CSL. sampai di perkarangan ofis, seorang polis bantuan mengeluarkan alat saringan untuk serangan babi ni.

idea hebat. aku sokong.

masuk ofis seperti biasa. kerja.
Read Comments

Tuesday, August 11, 2009

kisah pak arab

mengantok betol pagi ni. bahana tak cukup tido. sakit hati. sume sakit bila tak cukup tido.

naik LRT Putra. dari taman melati. aku duduk. sebelah aku pak arab.

aku cuba nak tido. tapi tak boleh. sebab?

pak arab sebelah aku ni sedang asyik dengan telefon bimbit dia. aku jeling.

jenama baru. hebat! aku jeling pulak telinga dia. sah.

aku cuba lelap mata lagi. tak dapat. aku fokus satu bunyi ni. selain bunyi sekeliling dan juga bunyi tren yang aku naik.

aku jeling lagi pak arab ni. dia tak perasan ke? dum.dum.dum.dum.dum.tak.dush.

banjingan.
kata hati aku.

korang rasa pak arab ni pekak ke telefon bimbit mahal dia yang rosak?
Read Comments

sejok panas!

aku rase sejok. air-cond nih ke yang rosak? takpe, aku tahan je la.

sedang aku sibuk menaip, blogging, fesbuk-ing, memang tak tengok kiri kanan punya.

aku terdengar bunyi tapak kaki dan kerusi ditolak.

aku toleh.

gampang. muka dia lagi. orang yang sama.

tiba-tiba aku rasa panas semacam.

"weh,front page..."

"so,what?"

sampai bila aku perlu tengok muka dia? adakah dia tahu yang dia bisa buat gunung berapi yang "tidur" jadi aktif?

biarkan. dia punya hak untuk hidup.

kalau aku, dah lama aku rejam sampai mati.

end.
Read Comments

Monday, August 10, 2009

apehal?

aku sedang seronok2 minum petang bersama teman seofis. nikmat terasa milo suam yang aku order mase tu. tiba-tiba...

datang seorang mamat sengal. aku buntu. kosong.

apehal? datang terus tarik kerusi sebelah aku dan duduk. sialan.

aku bangkit dan cuci tangan. lalu kerusi sebelah teman ku itu aku tarik. aku duduk buat muka selamba.

aku pedulik hape. ko selamba cam haram. aku pun boleh.
Read Comments

kebetulan yang mungkin bukan satu kebetulan

semalam, dapat satu call dari officemate aku btau aku ade assignment esok (hari ni) di Jln 222, PJ...aku pon salin la alamatnye n aku pelik sebab ade yang tak kena dengan alamat tu..nampak cam familiar je, tapi aku konfius gak...puaslah aku bertanya kpd papa, ayeh and mama...diorang kata, there is something with that address...aku dah pening, tapi tak kesah lah...gamble je lah esok kan?

hari ni...aku pon dengan penuh semangat, bergerak ke PJ menaiki LRT PUTRA...sampai2 terus aku naik teksi, cuak gak sbb pengalaman kena tipu tu dah ade..tawakal je lah.di pendekkan cerita, pakcik teksi yg membawa aku ke tempat tu tersangat lah baik...harga tambang pon tak naik lagi..hehehe pakcik tu berjaya membawa aku ke tempat tu dengan selamat tanpa menipu aku, sebab dia kata, tak baik tipu orang nih...bukan dapat apa pun...kerugian lagi adalah...aku pun usha la tempat tu, rupa2nya bangunan rumah kedai tu aku slalu pergi waktu aku kecik2 dulu...kat rumah kedai tu ade satu restoran mamak daun pisang, yg menjadi tempat kami sekluarga makan n lepak2...dah lama kitorang tak datang restoran tu...adela beberapa tahun...it's so nostalgic....

habis je assignment, aku trus sms teman sejiwa untuk lunch same2...dah lame rase sgt rasenye tak jumpa die walau baru seminggu...hahaha mengada btol!! tapi aku pedulik hape? alhamdulillah, dengan izin Nya, aku dapat jumpa teman aku tu...walau tak sampai 40 min aku jumpa dia...syukur...


hati aku puas sebab hari ini berjalan ngn lancar...walaupun aku tgh sakit perut..."bendera jepun"+meragam sebab makan nasi beriyani, smlm...hihihi

aku percaya, berkat doa orang sakit ni memang dimakbulkan Allah...insya Allah,kalau niat nya baik...

yang penting, niat mesti baik tulus ikhlas tapi kena ingat, NIAT TAK PERNAH MENGHALALKAN CARA...


Read Comments

Friday, August 07, 2009

apa aku patut buat?

bosan.dari tadi duduk depan pc mengadap blog.aku ni bekerja atau tidak?buat-buat ada je lah.tapi dah naik kematu punggong nih.ade idea?
Read Comments

kebosanan tahap dewa

Sebulan menjalani praktikal adalah sebulan yang paling lama dalam hidup aku. macam mana nak sampai tiga bulan?memang sakit lah! bukan apa, persekitaran setakat nih masih dalam kawalan, tapi kalau dapat partner (partner ke?!aku dh naek boring tengok muka mamat nih) cam haram, memang aku rasa tak sabar dah nak tamatkan praktikal nih. sebab dia nih suka berlagak tapi tak nak mengaku, (yelah, kalau dah berak bersepah, takkan nak mengaku kan?) dah lah muka cam sengal. sungguh aku dah tak sanggup nak kerja sini selepas mamat cakap dia pun nak sambung kat sini sebaik saja aku mengatakan aku nak retain kat tempat praktikal aku nih...(tapi itu dulu lah seblom aku tau niat dia tu)

harap2nya cepatlah masa praktikal nih berlalu, aku dah tak tahan ngan orang2 kat sini. birokrasi, bodek membodek, ampu jangan cakap lah. pendek kata, macam-macam ada!!!!
Read Comments

Thursday, July 23, 2009

senior dan junior

Y(bukan nama sebenar),U(bukan nama sebenar) dan F(bukan nama sebenar) sedang syok bergosip di kantin tempat mereka bekerja sambil-sambil minum petang...almaklumlah si U dan si F nih dah seharian kat dalam ofis tuh...otak pun dah naik sengal dan sesak tak ingat punya....yang si Y pulak baru jek masuk kerja...kerja malam nih jam 7 malam dah kena masuk ofis...tapi si Y nih masuk awal sikit dari biasa, jam 6 dia dah terpacak kat ofis...ha, sampai je si Y nih, dia pun ngajak si U dan F minum-minum sambil gosip-gosip...sedang mereka bertiga nih sedap gebang, muncul lah sorang kakak senior kat ofis diorang, elok jeh duk kat seblah si U...U dh usha-usha si Y dan F cam nak mintak tolong....yang kakak senior-tak-tau-nama-dia elok punya gebang tak ingat dunia...terpinga-pinga si tiga pingitan nih...diorang pun gebang lah skali sampai lah satu saat, si Y nih terlepas cakap tentang suami dia...si U nih mata dia dah nak terkeluar usha si Y(sebab nak bagi sign kat dia,si Y nih kalau dah bercakap memang tak ingat dunia... :P ) korek punya korek, si kakak senior-tak-tau-nama-dia nih sorang yang gemar sebarkan kisah orang lain kepada orang lain...hemmmmmmmm... ;D


p/s- rupanya adat kat ofis mana-mana pun, bergaul tuh berpada-pada lah...lebih elok anda bergaul dengan orang sekeliling yang hampir dekat usianya dengan anda supaya anda tidak di-salah-guna-kan oleh pihak-pihak tertentu nih...so,berhati-hati lah...selamat berjaya!! ;D
Read Comments

Sunday, July 19, 2009

di hari ahad pada hari kelahiran

bila sebut pasal hari jadi,memang sure semua orang sangat suka kalau dapat berehat-rehat atau bersiar-siar lapangkan fikiran lepas sibuk bekerja...nak pulak hari lahir tu jatuh pada hari minggu...cuba anda bayangkan kalau anda terpaksa bekerja?confirm sentap punya lah...boleh pulak anda ditakdirkan untuk dimarahi tetapi bukan atas kesilapan anda...orang lain telah menjadi penyebab anda dimarahi...ape pulak yang anda rasa sekarang?pasti boleh sampai ke tahap membunuh orang rasanya....hehehe mungkin lah...tapi harap-harap tak sampai ke situ lah motif nye...astaghfirullah...


p/s: itulah yang saya rasa hari ni...saya terpaksa bekerja di hari ahad pada hari lahir saya...dimarahi pulak oleh salah sorang bos dek kerana kawan yang MC dan tak inform dia... =D
sabar je lah kan?
Read Comments

Wednesday, July 15, 2009

teksi penipu

"pak cik, tahu tak jalan nak ke ampang tasik?"

"em,kat ampang kan?boleh,boleh...naiklah,"ujar pak cik teksi itu sambil tersenyum.(hemmm...mangsa aku untuk hari ini..hihii)

aku pun masuklah dalam teksi tu dan bergeraklah kami menuju destinasi sambil aku berdoa agar tidak ditipu oleh pakcik teksi nih.memang hati aku terasa berat sewaktu nak naik teksi nih tapi memandangkan waktu assignment makin berlalu membuatkan aku membuang jauh-jauh perasaan itu. tiba-tiba lamunan aku tersentap!

"biasanya ikut jalan mana ye nak ke ampang tuh?"

aku keliru, (apesal pakcik ni tanya macam tu?) gamble lah....

"saya tak tau jalan sebenarnya pakcik,ni first time saya nak kesana.pak cik ikutlah jalan yang paling dekat sebab saya nak kejar assignment nih,"

"ok."jawab pakcik tu pendek. aku tambah bingung. selamatkanlah aku, ya Allah...

jam dah menunjukkan pukul 11.20 pagi. aku rasa assignment aku tuh dah nak habis, mampus aku! yang teksi nih pulak perlahan je pergerakannya.dah lah ambil jalan jauh. cam haram!!

meter teksi nih pulak aku tengok dah menunjukkan RM15.20. memang cam haram pakcik nih. aku tengok mata dia tersenyum memandang ke arah aku yang sedang berapi nih.

"pakcik, dah sampai ke belum nih?saya dah lambat sangat nih...saya rasa kat depan tuh je tempatnya pakcik.boleh berhentikan saya kat sini tak?"

"baiklah," aku pun keluar dari teksi tuh sambil bayar tambang teksi yang sangat mahal tuh.gila lah! memang aku tak halal kan langsung tambang tuh.

patut ke kaum MELAYU buat camtu kat kaum MELAYU sendiri???
patutlah takde kemajuan!perangai cam haram!!!


Read Comments

Sunday, July 12, 2009

hari minggu yang suram

aku rase cukup malas nak datang kerja hari ni...terasa seperti kesemua otot yang aku punya dalam badan nih dah meronta-ronta suruh aku rehat,tapi....aku tak dapat nak layan semua itu.siapa lah aku nak suka-suka hati aku ponteng selamba je...lain lah kalau tempat kerja tuh aku yang punya...huahuahua

"wei, jon duan,ape kate ko ponteng jek kerja ari ni?boleh lepak-lepak dengan aku kat cineleisure arini...jom lah,bleh kita karok sejam dua...arini ahad ape,sape yang kerja ari ahad?"

"bukan aku tak nak join kau,malah aku rasa itu lah aktiviti yang aku teringin nak buat...tapi..."

takde tapi-tapi lagi...jom lah!!"

aku hanya memandang muka tak bersalah kawan aku tu.terasa gak aku nak lempang namun apakan daya aku...

"wei,mat kuk!kau sedar tak kau kat mane sekarang nih?kan kau sendiri kerja kat cineleisure nih...kat kelab karaoke plak tuh...ape kejadah kau nih?!"

.............
Read Comments

Thursday, July 09, 2009

kisah waktu kerja

reaksi pertama...
"eh,muna...cuba ko tengok budak praktikal tuh..sombong nya bukan main...aku pelik lah,apsal budak sekarang kurang ajar sangat?"
"alaa diorang tuh memang..tak sedar diri,padahal baru jek 2-3 hari keje sini..tu pon praktikal jek.dah besar kepala.aku heran lah,mak bapak diorang tak ajar ke hormat kita-kita yang senior nih?"
"hurm,kalau dah anak gitu,mak bapak jangan cakap lah...kalau kuah tak tumpah ke nasi kemana lagi kan?"


reaksi kedua...
"dina,macam mane nih?aku segan lah.let say,if kita berselisih ngan senior,ko nak senyum tak?tapi kalau tak senyum atau tegur kang, kena cap sombong plak...aku bingung la..."
"betol-betol..aku pon same, areej.rasa serba salah plak..ye la,bila kita senyum and tegur diorang, tak plak diorang balas balik...bila kita tak buat camtu, memang dah sah-sah kita yang kena...haiii,ape la diorang nih..."

hurm,ape pendapat korang?kisah nih memang betol-betol jadik kan?so,pandai-pandai lah pikir sendiri!!!!
Read Comments

Wednesday, June 10, 2009

kisah klasik waktu skolah rendah

suatu petang, sebaik pulang dari skolah, aku lepak-lepak sambil makan,sambil-sambil tu tengok tv.yela, maklumlah baru berumur 9 tahun, kecik lagi ape yang aku tahu pasal dunia ni sangat kan?sedang aku mencuba dengan sedaya upaya menghabiskan makanan aku tu, tiba-tiba aku terdengar satu jeritan,
"ALONG!cepat habiskan nasi tuh.tolong mama tengok-tengok kan adik kau nih,ape saje lah yang dibuat dengan nasi tuh agaknye,"rungut mak kesayangan aku.hampir-hampir tercekik dibuatnye aku.
"ish mak aku nih potong stim betol lah."lantas,aku pun selesaikan nasi aku tuh dengan sesegera mungkin lalu aku ke bilik adik-adikku sejurus selepas basuh tangan.
"Weh,korang nih buat ape ha dalam bilik nih?bersiap macam mak nenek,"aku memekik kepada adik-adik aku yang tercinta tuh.adik-adikku yang muda dua tahun dari aku lantas segera bersiap dan langsung keluar menunggu pakcik van yang akan menghantar mereka ke skolah agama waktu petang.aku malas gila hari tuh sebab dah janji dengan jiran selang 5 rumah dari rumah aku, nak berlumba basikal.kejadah ape lumba basikal siang-siang buta nih?tapi janji punya pasal,nak jaga reputasi lagi aku teruskan juga.dipendekkan cerita,aku dan jiran aku tuh mulai perlumbaan kami.sempat jugak lah aku tunjuk skil-skil "lap" aku yang maha agung tuh pada jiran aku.sedang aku sungguh-sungguh mempamerkan skil,aku telah tak perasan selekoh merbahaya tepi rumah aku tuh.sebaik aku sedia nak ambil "lap",tatkala tu jugak lah basikal aku menjunam mencium bumi.lantas aku pun terjatuh lalu terseret beberapa meter ke depan.hasilnya,pipi aku berdarah kerana luka yang sdikit parah(kesan luka yang memanjang dari hujung mata membawak ke hujung bibir hampir ke dagu).pulang ke rumah,mak aku dengan baik hatinye,menambah lagi kesakitan telah aku sedia hadapi.padan muka.keesokkan harinye aku ke skolah,guru kelas aku waktu tu,Cikgu Wahida,bertanyakan kesan luka dipipi aku tu,aku dengan selamba jawab,
"saya race beskal petang semalam,cikgu."cikgu aku tu hanya mampu geleng kepala sebab anak murid dia nih jantina nye perempuan.

moral of the story:1)jangan malas pergi skolah petang(skolah agama)
2)jangan cuba-cuba berlagak dengan apa jua skil berlumba yang anda ade,dikhuatiri akan mendatangkan musibah.
3)sedar-sedar diri tu siapa.
4)yang paling penting,JANGAN LAWAN CAKAP MAK.
Read Comments

Tuesday, June 09, 2009

cuti skolah

"asal cuti skolah jek, budak-budak bersepah kat shopping mall...asal budak-budak bersepah jek,mesti kat shopping mall tengah time cuti skolah..aku tak paham lah...." aku merungut-rungut sambil berjalan.
tujuan kami nak ke sungei wang,kompleks yang hebat dengan fesyen dan gadjet terkini nak cari pasal.eh salah,nak ke low yat beli pendrive.lalu kat sungei wang nih.
"ape kes nih?membebel tak tentu pasal?" soalan dewa dari pok yun.aku tercengang-cengang memandang muka dia.ape crita?
"kau nih buta ke?tak nampak tuh?"sambil aku menunding jari ke arah sekelompok budak-budak skolah yang aku khabarkan bersepah tadi.cara pakaian, cam haram!!
"a'ah lah...apesal diorang nih boleh berlambak kat sini pulak ek?mak bapak diorang nih takde kat rumah ke?"
haiii...ape punye sengal lah soalan...budak-budak sekarang nih,lagi advance maha agung dari mak bapak diorang...betul tak?
Read Comments

Thursday, June 04, 2009

sengal lampi...

salam...hari ini dalam sejarah...saya yang mulanye minat subjek berteraskan komputer ni (atau dalam bahse omputehnye desktop publishing for newspaper and magazine) dah mula naik menyampah...kenapa?entah siapa punya buah fikiran agaknya yang cipta teknologi sebegini canggih...kami (yakni kawan-sekelas saya yang turut serta)rasa meluat sampai boleh nak muntah sebab proses dan langkah-langkah untuk mencipta laman web sendiri ni memang terlalu sukar..bayangkan saja kami tersangkut beramai-ramai(macam jalan KL yang sesak pulak)ditengah-tengah proses...hinggakan lecturer comel lote yang mengajar tu pun dah naik stres melihatkan keadaan kami, terpinga-pinga tahap agung...ape pasal kami pun tak tahu.mungkin juga hari ni hari kesamaran otak kami beramai-ramai...keadaan kami berterusan begitu sehinggalah azan zuhur berkumandang...mujur juga ada seorang kawan saya dalam kelas tu mempunyai otak cair...dia je lah penyejuk hati lecturer saya tuh..nak harapkan saya?cerdik saya nih bermusim...(hehehehe...) dia juga seorang yang sangat kreatif...setiap penghasilan beliau memang ditahap dewa...(aku memang jeles betol dengan dia nih...)selepas menunaikan solat, tiba saatnye pulak saya ke kelas bahase arab...(satu lagi dugaan aku untuk hari ni,kuiz bahasa arab "level 6"...mampus aku!)ustaz saya ni berbangsa Arab,namanya Ust.Hassan Hawathmath..(cube korang sebut nama die laju-laju,sure terbelit lidah korang!)kuiz arab nih kami sepakat beramai-ramai untuk meniru..kalau tak,memang sure dapat telur ayam punye...tapi itu lumrah lah selagi anda bergelar pelajar..tak kan tak pernah sekali pun meniru...(hehehehe...)kelampian manusia tu sangat terserlah bila saya pulang menaiki bas petang tadi..situasi bas tu sangat sesak(seperti ikan sardin dalam tin)tapi hanya di depan je..(ini boleh menaikkan marah)agak-agaknye die orang nih tak paham-paham ke?dah bayar tiket tu masuk lah ke dalam supaya pengguna lain yang masih terkial-kial di luar dapat naik bas...mereka nih semua bukannya pekak dan buta,tapi buta hati dan otak...bak kata kawan sekolah menengah saya,"nama je belajar tinggi-tinggi tapi bodoh bertingkat-tingkat..."siapa yang salah?ha, lu pikir lah sendiri!!!!
Read Comments

Wednesday, June 03, 2009

di mana ada kesungguhan,di situ ada jalan

salam.....maafla dah beberape ari tak update entri..belajar adobe flash ni sangat menduga kesabaran dan tumpuan harus 100%...kalau tak,memang blur tahap agung..tapi nak buat camne,dah minat...dan ini mengingatkan saya pada seseorang yang selalu menasihatkan saya supaya jangan mudah putus asa....dalam apa jua yang saya lakukan...dan itulah semangat yang saya semaikan setiap hari dalam menghadapi dunia sekarang yang tidak kita ketahui situasi penghujungnya....dalam hidup ni, memang ada terlalu banyak dugaan,cabaran, dan juga masalah yang mendatang..tetapi,kalau kita kuatkan jiwa,sentiasa bersyukur dan tidak mudah putus asa, insya Allah, segala-galanya akan jadi senang.... =D
Read Comments

Friday, May 29, 2009

hukum karma??

salam utk semua yang sudi singgah di blog saya yang tak seberapa nih nk dibandingkan dengan puluhan blogger yang sudah lama berkecimpung dalam arena penulisan blog ini..tetapi izinkan saya mencuba nasib untuk berkarya melalui tulisan saya di blog ini...baiklah,mari kita mulai dengan entri saya yang pertama...(masih gemuruh lagi getar didada kerna masih kurang pengalaman juga ilmu blog ni..."tak mengapa,yang penting cuba.."satu nasihat yang sentiasa terpahat dalam jiwa sanubari saya...nasihat ni seringkali terngiang-ngiang ditelinga saya tiapkali saya berasa putus semangat tentang sesuatu yang tak mampu saya laksanakan..cukuplah cerita nasihat tu,akan saya selitkan dalam setiap entri saya nanti sambungan kisahnya.)berbalik semula kepada entri saya yang pertama ni,agak-agak kamu semua tahu tak kenapa saya pilih tajuk hukum karma ni sebagai tajuk kisah.si.pari.pari.melayu?hemm...tak patut saya tanya soalan begitu kiranya saya inginkan jawapan yang konkrit...kerana jawapan kepada soalan saya tadi akan bersifat subjektif dan setiap orang punya pendapat mereka sendiri.baiklah,sebab mengapa saya memilih hukum karma sebagai tajuk kerana perkara-perkara yang berlaku disekeliling saya dulu,sekarang ataupun akan datang, semuanya berkait rapat dengan tajuk yang bertuah kali ni...adakah kamu semua pernah mengalami sendiri atau pernahkah kamu terfikir yang hidup kita nih satu pusingan? atau dalam bahasa kasarnya, hidup ni umpama bola,kalau ditendang ke kiri,maka ke kiri lah kita..kalau ditendang ke kanan, akan ke kanan lah kita...bagaimana pula dengan pendapat orang yang hidupnya masih belum pernah lagi ditendang ke kanan mahupun ke kiri?adakah dia sentiasa di atas?bagaimana pula nasib insan yang nasib dan takdirnya dibawah?adakah nasib dan takdir itu sama?saya yakin masing-masing punya buah fikiran sendiri yang bakal menentukan dimana anda akan berada kelak...
Read Comments