Monday, January 18, 2010

baca@LRT - sekadar ulasan

16 Januari 2010 Masihi. 1 Safar 1431 Hijrah.

ada satu kempen pembudayaan membaca di kalangan rakyat Malaysia.

di dalam Aliran Transit Ringan atau Light Rapid Transit yang bermula pada jam 10 pagi.

pengasas atau pencetus idea, rakan ku sendiri yang pernah tolong aku waktu pengajian ku dahulu.

jujur aku lebih mengenalinya dengan panggilan ROBOT.

maaf bot, aku lupa nama kau yang sebenar sebab aku rasa secara saikologi, perasaan betapa hebatnya persahabatan itu lebih dari sebuah nama.

ya, apa ada pada nama? itu bukan persoalan sekarang.

berbalik kepada kempen itu, ada pro dan kon nya.

ya, memang idea itu sangat bagus. memberi teladan pengajaran kepada generasi muda dan tua bahawa membaca itu penting.

sebab, kalau tak boleh membaca, bagaimana seseorang itu dapat memahami apa erti undang-undang, budi pekerti, hatta rukunegara sendiri yang lima itu.

tanpa membaca, mereka takkan dapat memahami apa itu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan pada Raja dan Negara, kedaulatan undang-undang, keluhuran perlembagaan, kesopanan dan kesusilaan.

tetapi, alangkah sedihnya jikalau, kempen ini hanya sekadar sebuah kempen.

yang tidak dipraktikkan, tidak diambil peduli, tidak dihiraukan oleh masyarakat itu sendiri.

melalui pengalaman, ini sesungguhnya benar.

seorang remaja berbangsa Cina, bertanyakan adakah kempen ini akan berjaya? atau sekadar melepaskan batuk di tangga? atau seperti rumah dah siap tetapi pahat masih berbunyi?

kalau difikir-fikirkan, memang betul apa yang dikatakan remaja terbabit. kalau setakat yang hadir tidak meneruskan inisiatif tersebut, tak kan kemana lah kempen tu.

teman rapat saya sendiri berkata, "alah, sekadar memenuhi ajakan rakan. dah jumpa kawan-kawan lain nanti, borak je yang lebih."

apa maksudnya?

fikirlah sendiri.
Read Comments