Wednesday, August 19, 2009

kehilangan

ni kisah semalam.

aku dapat assignment yang sangat menyentuh hati. aku sebak. tapi ku tahan.

"ini tugas. aku kena slalu bersedia. jangan terbawak-bawak. walaupun seteruk mana ko jumpa mayat tuh," kata aku pada diri aku sendiri.

aku terus ke Hospital Sungai Buloh. disitu aku bakal berdepan dengan sesuatu yang pertama aku hadapi sejak bekerja nih.

aku gerak dengan kawan sekerja. kami senyap sunyi. sebak mungkin.

sebaik sampai, kami terus mengenalkan diri pada keluarga Allahyarham Muhammad Nafis Razak.

aku sedih. arwah Nafis hanya baru berusia tiga tahun. dia meninggal dunia kerana lemas di sungai di hadapan rumah ibu saudaranya sendiri.

aku bertemu bapa arwah. dia sebak ketika berkata-kata.

ibu arwah tidak dapat aku ketemu. bukan jodoh agaknya.

arwah lemas hanya kerana ingin mencuci seliparnya yang kotor.

aku lihat wajah arwah sewaktu dia ditemui.

tenang. seperti sedang tidur. kanak-kanak kecil yang masih belum tahu apa itu dosa.

hidup dengan keindahan. ternyata, Allah lebih sayangkan dia dan hanya dapat meminjamkan arwah untuk seketika kepada ibubapanya.

sebelum itu, aku terima panggilan dari teman sejiwa. memberitahu tentang kematian rakannya.

kenapa aku perlu hadapi dua kematian dalam satu masa yang sama?

dugaan aku benar-benar mencabar keimanan. tapi aku gagahkan juga.

............

to be continued>>>>>

Read Comments