Tuesday, September 08, 2009

saat-saat perpisahan

asal berpisah jek sedih.

asal sedih jek berpisah.

pelik. dan aku tak faham.

aku pernah lalui. tapi tetap tak faham.

kisah kami. hampir melalui saat-saat itu.

aku serik. tapi kadang-kadang aku tak.

aku sayang. tapi kadang-kadang tertanya-tanya kenapa aku sayang.

sungguh, dia nyawa aku. bila dia berkata, adakah aku bukan siapa-siapa sedangkan dia sanggup bersusah payah untuk aku?

aku terdiam. benar. malahan tepat panahannya.

adakah aku bukan siapa-siapa bila dia sanggup memujuk dengan memarahi aku? pelik bukan?

itu cara dia. bikin aku terpana.

pujuk sambil marah. tapi sudahnya air mata kami mengalir.

tidak sanggup kami bayangkan. hidup tanpa masing-masing dalam hidup.

benar, saat-saat perpisahan itu ibarat senjata pembunuhan kami berdua.

cukup. kami tidak mahu.
Read Comments