Monday, January 18, 2010

baca@LRT - sekadar ulasan

16 Januari 2010 Masihi. 1 Safar 1431 Hijrah.

ada satu kempen pembudayaan membaca di kalangan rakyat Malaysia.

di dalam Aliran Transit Ringan atau Light Rapid Transit yang bermula pada jam 10 pagi.

pengasas atau pencetus idea, rakan ku sendiri yang pernah tolong aku waktu pengajian ku dahulu.

jujur aku lebih mengenalinya dengan panggilan ROBOT.

maaf bot, aku lupa nama kau yang sebenar sebab aku rasa secara saikologi, perasaan betapa hebatnya persahabatan itu lebih dari sebuah nama.

ya, apa ada pada nama? itu bukan persoalan sekarang.

berbalik kepada kempen itu, ada pro dan kon nya.

ya, memang idea itu sangat bagus. memberi teladan pengajaran kepada generasi muda dan tua bahawa membaca itu penting.

sebab, kalau tak boleh membaca, bagaimana seseorang itu dapat memahami apa erti undang-undang, budi pekerti, hatta rukunegara sendiri yang lima itu.

tanpa membaca, mereka takkan dapat memahami apa itu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan pada Raja dan Negara, kedaulatan undang-undang, keluhuran perlembagaan, kesopanan dan kesusilaan.

tetapi, alangkah sedihnya jikalau, kempen ini hanya sekadar sebuah kempen.

yang tidak dipraktikkan, tidak diambil peduli, tidak dihiraukan oleh masyarakat itu sendiri.

melalui pengalaman, ini sesungguhnya benar.

seorang remaja berbangsa Cina, bertanyakan adakah kempen ini akan berjaya? atau sekadar melepaskan batuk di tangga? atau seperti rumah dah siap tetapi pahat masih berbunyi?

kalau difikir-fikirkan, memang betul apa yang dikatakan remaja terbabit. kalau setakat yang hadir tidak meneruskan inisiatif tersebut, tak kan kemana lah kempen tu.

teman rapat saya sendiri berkata, "alah, sekadar memenuhi ajakan rakan. dah jumpa kawan-kawan lain nanti, borak je yang lebih."

apa maksudnya?

fikirlah sendiri.

6 comments:

Zamri Mohamad said...

Ada satu pandangan.

Tuhan memberi ganjaran pada usaha bukan pada hasilnya.

Kerana itu apabila sahabat nabi berperang mereka selalu berkata, sama ada menang atau syahid. Tetapi usaha itu digerakkan seupaya mungkin.

Berdasarkan sunnah, nabi tidak melihat usaha baik dengan pengakhiran yang curiga. Apa pun hasilnya, Allah sudah beri ganjaran pada usahanya meskipun ia sekadar niat.

Betapa indahnya kita bekerja dengan tuhan di hati.

Dari konteks perkembangan organisasi, pattern sejarahnya sama.

20% : 80% berdasarkan kajian dilakukan.

Dinilai secara sample, kata-kata itu dibawa oleh 20% dalam populasi. Dan perkara ini sudah dijangka serta dirakam dalam sejarah.

Jika Allah takdir itu yang pertama dan terakhir, program pada hari telah memberi kenangan kepada kanak-kanak berusia enam tahun- sepuluh tahun bahawa dalam hidup mereka ada satu peristiwa yang mana mereka tidak menjadi asing membaca buku di luar rumah mereka.

Itulah kenangan dan usaha yang tidak dapat diberi oleh pemberi-pemberi komentar yang tertera tadi.

wahyun said...

woiht...borak2 pun gua lepas baca 1 bab...dan td smbung lg sewaktu menunggu kes dipanggil...hehehehe...
setuju sgt agar pembudayaan ini dijadikan satu wahana yg lebih dari sekadar bersifat amali. mata hati juga harus bergerak sama...

fairuzfai said...

alahmak...lu terasa ke beb? ahahahaha lu lpas bace byk bab pon sbb buku tu ringan aje...xprlu fikir byk...erm, yang ni saya setuju, mata hati perlu dibuka luas2 agar yang tersembunyi dpt diterokai...sepatutnya lebih dari sifat amali.

fairuzfai said...

blog rasmi motivasi minda: benar sungguh bagai yang dikata. pemberi komentar terbabit tidak dapat memahami intipati sesuatu yang dinamakan usaha kerana pada dia mungkin benar usaha yang betul-betul dinamakan usaha adalah seperti mengangkat benda yang berat dibahu. sesuatu yang hanya nampak dari pandangan mata kasar. jelas sekali bukan dari mata hati.
dan yang paling jelas, kerana 'amal itu bermula dengan niat adalah konsep yang paling tepat.

Unknown said...

Salam. Pertama-tama: Ini Fairuz yang mana? :) . gambar dalam facebook terlalu gelap dan susuk tubuhmu tidak dapat patik cam. :)

Terima kasih atas pandangan tersebut. Jujurnya saya berpandangan yang sama. Jika ini adalah kempen, ia akan jadi seperti kempen-kempen yang lain: sekadar kempen.

Oleh yang demikian projek ini tidak dipanggil kempen. Tiada organisasi disebaliknya, cuma insan yang ingin melakukan perubahan. Tiada ahli politik dibelakangnya, cuma pemikir dan pembaca yang ingin berkongsi beban. dan bertindak.

Oleh yang demikian projek ini lebih kepada gerakan. gerakan membaca daripada rakyat kepada rakyat. Kerana hanya rakyat sahaja yang lebih tahu apa yang terbaik untuk rakyat yang lain. :)

BacA@LRT versi Februari sudah semakin hampir. Jemput serta. Tema kita kali ini adalah "Baca Sastera". Tapi baca sahaja apa yang cikpuan suka. Tema adalah sekadar tema, yang penting kita membaca dan membuka minda untuk ilmu di dalamnya.

fairuzfai said...

ahah!! robot....aku adelah fairuz, sahabat ko dr uia. temannya si wahyun anwar. yg terus shj menerpa ke arahmu sebaik shj masuk ke dlm tren sewaktu prog baca@lrt ko tu...nnt aku nk join lg cm aritu tau...btau awl2...hehehe

Post a Comment