Thursday, August 13, 2009

babi yang semakin menular

aku ke tempat kerja. masih melalui rutin yang sama.

tunggu bas. naik bas. tunggu tren. naik tren. duduk.

masih ramai rakyat negara Mlesia ni yang tak sedar diri. masih belom mahu jaga kesihatan sebelum babi datang serang.

adakah mereka tidak tahu yang seramai 44 orang sudah mati akibat serangan babi ni?

atau mereka sekadar berserah? memang semua orang akan mati. cuma masa, punca kematian memang tidak boleh dijangka.

akan tetapi, tidak kah mereka terfikir, takdir tidak pernah menyuruh kita berserah pada kuasa yang mampu kita lawan?

aku biarkan manusia2 itu dengan pendirian dan corak fikiran mereka. seperti aku biarkan Luncai dan labu-labunya terjun ke laut.

aku selak dalam beg. penutup hidung dan mulut yang aku dapat secara percuma kelmarin, lantas aku sarungkan.

peduli pada mata yang memandang, mereka punya hak. seperti mana aku punya hak untuk teruskan hidup. berpantang maut sebelum ajal.

aku turun LRT CSL. sampai di perkarangan ofis, seorang polis bantuan mengeluarkan alat saringan untuk serangan babi ni.

idea hebat. aku sokong.

masuk ofis seperti biasa. kerja.

No comments:

Post a Comment