Monday, October 05, 2009
ego
termeterai pada 10/05/2009 06:09:00 PM
kau ego.
aku ego?
siapa kata?
aku kata.
aku pun kata kau juga sama.
kenapa?
sebab kita perlu saling lengkap melengkapi.
benar?
ya, dan kau harus berubah.
aku? kenapa?
sebab kau bukan begitu.
habis, kau? tidak perlu berubah?
aku bukan seorang yang ego.
siapa kata?
aku kata.
SHUT UP!!!

dunia gila!
termeterai pada 10/05/2009 06:00:00 PM
aku sedang lepak di pekan lama kopi putih.
bersama aku, sepupu aku. perempuan.
sedang kami, menikmati hidangan minum petang kami, datang tiga perempuan melayu terakhir.
manis berbaju kurung, sanjungan tradisi melayu.
lengkap dengan sanggul di kepala. selendang pula terbuai-buai di bahu salah seorang daripada mereka.
kagum aku melihat mereka. manis lagaknya.
sesuai dengan nama restoran mewah ini.
aku terus nikmati hidangan aku itu.
tiba-tiba, sedang aku mengangkat kepala, aku terkejut bagai melihat beruk.
(tapi kenapa perlu beruk?)
si manis bersanggul dengan selendang, mengeluarkan sesuatu.
aku ralit. terpukau pun. malah saat itu juga aku rasa terpukul.
menyesal dengan pujian aku hamburkan awal-awal tadi.
HELL!!
nak tahu mengapa?
hidung si manis itu berasap.
lantas aku kerling tangannya.
huh! rokok sebatang sedang berapi.
marak apinya seperti hati aku yang menyumpah kelakuan si manis itu.
langsung masam!
Wednesday, September 30, 2009
salam kemaafan
termeterai pada 9/30/2009 03:02:00 PM
sejak hari itu, aku sungguh sibuk.
ingat kan bila dah keluar dari tempat itu, aku akan punya masa lapang.
namun, itu hanya mimpi.
aku masih juga sibuk.
tambahan pula, syawal dah makin hampir.
tapi itu kisah lalu.
sekarang aku menjadi pencuri.
pencuri masa untuk blog terchenta ku ini.
maaf sekali lagi kerana sudah hampir sebulan (mungkin) aku menghilangkan diri.
dan buat pembaca2 blog ku (kiranya ada) jangan keberatan untuk menunggu kisah2 terbaru si pari-pari melayu dalam menempuh hidupnya selepas menamatkan pengajiannya.
selamat maju jaya...(apehal aku neh? sengal!)
Saturday, September 12, 2009
mari!!!
termeterai pada 9/12/2009 12:03:00 AM
mari pulang.
dan esok aku tak akan datang lagi di sini.
mungkin ada, tapi hanya sebagai pelawat.
tidak mungkin aku akan bekerja sebagai wartawan.
siapa nak jaga anak-anak aku nanti?
jauh mimpi. nikah pon belom!
sudah, jum balik!
Friday, September 11, 2009
konfius!
termeterai pada 9/11/2009 09:08:00 PM
aku masih di ofis.
gila lah! hari terakhir perkhidmatan aku digunakan sepenuhnya.
dan aku rela. itu yang pasti.
lepas ni takde dah!
keletihan yang amat di hari terakhir praktikal
termeterai pada 9/11/2009 06:21:00 PM
pinggang dah rase macam nak tercabut je neh.
masih lagi mengetuk papan kekunci pc di depan mata.
terfikir ini adalah sentuhan terakhir.
dan, anda perlu jadi positif dan bertenaga.
walaupun anda tidak makan dan minum seharian.
walau anda tengah pening sekali pun.
masa
termeterai pada 9/11/2009 01:43:00 PM
hanya manusia yang berjanji. kata orang janji mesti ditepati.
bukan kerana masa, tetapi kerana kita terikat dengan janji.
hari ini hari terakhir aku praktikal.
pernah aku terasa sedih. dan pernah juga aku terasa tidak sabar.
malah aku pernah gembira masa aku di sini (tempat praktikal) akan tamat.
tapi, aku sedih kerana masa aku bersama rakan-rakan seperjuangan akan tamat tidak sampai beberapa jam lagi.
selepas ini, aku tidak tahu bilakah masanya lagi kami akan bertemu.
mungkin tidak akan langsung bertemu.
dan masa sangat cemburu. tapi masa lah yang akan buat kita sentiasa ingat masa yang dah berlalu, yang sedang berlaku, dan paling penting, yang akan mendatang.
masa ibarat emas. semua orang tahu akan itu.
hargailah ia sebelum ia pergi meninggalkan kita.
kerana masa tidak akan pernah kembali. seperti kita, yang akan pergi dijemput Illahi dan tidak akan pernah kembali selepas pergi.
Wednesday, September 09, 2009
ironi
termeterai pada 9/09/2009 04:59:00 PM
aku terlihatkan seseorang di seberang sana.
aku kenal insan itu. kata teman sejiwa ku, insan itu menggelarkan dirinya Ketua Saintis Dunia.
kasihan kisahnya. dia jadi begitu akibat di tipu oleh rakan-rakannya yang begitu bijak memanipulasi kepintaran insan itu.
di lehernya, tergantung satu kertas yang berlaminasi. "NASIHAT SAYA KEPADA KERAJAAN"
aku tak tahu menahu akan maksud insan itu terhadap tulisannya. apakah dia ingin memberikan amaran kepada kerajaan bahawa dari zaman dulu sampailah sekrang memang banyak orang yang guna kebijaksanaan insan lain untuk kepentingan diri sendiri? tanpa mengira susah payah jerih perih mereka mencipta formula kecerdikan itu.
biarlah dia. dia jadi begitu akibat ditindas oleh manusia durjana.
yang menariknya, insan itu kini selalu bercakap sendiri meluahkan ketidakpuasan hatinya atas nasibnya kini sambil membawa sebuah troli biru berkipas kincir angin warna warni bersamanya.
ironi kisah ini, betul-betul disebelah insan itu, berdiri seorang wanita yang berperwatakan menarik.
sudah berkerjaya barangkali. benar.
aku lihat dia juga sedang bercakap. tapi tak tau dengan siapa.
baru aku perasan, di telinga wanita itu terselit bluetooth kaler putih.
sah, dunia sekarang makin gila!!
Tuesday, September 08, 2009
saat-saat perpisahan
termeterai pada 9/08/2009 06:03:00 PM
asal sedih jek berpisah.
pelik. dan aku tak faham.
aku pernah lalui. tapi tetap tak faham.
kisah kami. hampir melalui saat-saat itu.
aku serik. tapi kadang-kadang aku tak.
aku sayang. tapi kadang-kadang tertanya-tanya kenapa aku sayang.
sungguh, dia nyawa aku. bila dia berkata, adakah aku bukan siapa-siapa sedangkan dia sanggup bersusah payah untuk aku?
aku terdiam. benar. malahan tepat panahannya.
adakah aku bukan siapa-siapa bila dia sanggup memujuk dengan memarahi aku? pelik bukan?
itu cara dia. bikin aku terpana.
pujuk sambil marah. tapi sudahnya air mata kami mengalir.
tidak sanggup kami bayangkan. hidup tanpa masing-masing dalam hidup.
benar, saat-saat perpisahan itu ibarat senjata pembunuhan kami berdua.
cukup. kami tidak mahu.
Saturday, August 29, 2009
sakit hati / hati sakit
termeterai pada 8/29/2009 03:18:00 PM
foto, satu benda yang tak kan menipu dan bisa menipu.
tapi melalui foto, akan timbul satu cerita.
tapi aku lebih percaya foto. sebab orang boleh putar belit fakta. tapi foto, tetap foto.
kau marah. saat aku terlibat dengan skandal. tapi, kau bagaimana?
skandal aku takkan bergambar berdua. tapi, dah brape banyak gambar skandal kau bersama perempuan lain?
gila aku nih! penjelasan," itu gambar dah lame. tahun lepas punya cerita." WTH???
tibe2 aku rasa nak skandal lagi. sementara masih ade mase. aku pedulik hape?
pastu amek gambar berdua BAAAAAAAAANYAK BANYAK!!!
biar kau tahu, ape itu sakit hati dan bagaimana rasa hati sakit.
Tuesday, August 25, 2009
cinta
termeterai pada 8/25/2009 05:53:00 PM
hatta, kanak-kanak bawah umur pun tahu apa itu cinta.
cinta dengan makna yang luas. cinta bisa bikin orang penasaran.
cinta bisa bikin orang kangen sampai hanyut ke tengah.
bagi kau, cinta itu cinta mati.
bagi aku, cinta itu mati apabila tiada cinta lagi.
tahu kenapa? sunyi. musuh cinta ialah sunyi.
tapi, aku tak mahu. tak mahu cinta itu mati kerana kau yang mematikannya.
jangan kau siram api sunyi dalam rimbunan cinta yang kita semai.
kelak, benih bisa jadi racun. percaya? aku kata yang benar.
pengalaman bisa jadi teladan. pengalaman juga bisa buat aku ternganga.
aku tak mahu dipersalahkan. tidak. aku tidak mahu.
tapi aku tak sanggup. untuk terhenti di tengah jalan dan meninggalkan kamu di situ.
aku bingung. mengapa persimpangan ini wujud? mahu aku berputus asa kah?
bantu aku, jangan biar aku terkapai-kapai. kelak aku akan karam di lautan yang baru bagi aku.
Saturday, August 22, 2009
salah faham=faham salah
termeterai pada 8/22/2009 12:53:00 PM
apa ada dengan cemburu? idea gila. semua orang pernah rasa cemburu.
betul kan?
cuma, liga nya berbeda. aku tak faham.
ada satu kejadian. komen blog orang.
maksud pada awalnya aku TIDAK CEMBURU. tapi orang salah faham. ke aku bagi pemahaman yang salah pada orang?
lalu terbit persepsi salah di situ?
aku geram. bengang.
aku serius tak faham. apa masalah aku masuk campur dengan tak nak langsung ambil tahu?
ada sebab aku menzahirkan keadaan begitu.
DEFINITELY bukan sebab cemburu.
buat apa aku cemburu sedangkan aku bisa buat orang cemburu pada aku.
kan?
bila kisah ini terjadi, aku langsung jadi rimas dan malas.
aku dah tak kuasa nak campur dunia kamu.
dunia kamu mengajar aku erti punya hasad dengki.
siapa mahu? tiada. percayalah.
mulai hari ini, dunia kamu, dunia kamu.
tetapi dunia aku, kamu masih bisa sertai.
sebab, rasa rimas itu bercanggah dengan kata hati aku.
sungguh, aku hanya akan perhati dunia kamu dari jauh.
sebab, untuk masuk semula dalam dunia kamu, bisa buat aku punya tumor di kepala.
Friday, August 21, 2009
bulan pose
termeterai pada 8/21/2009 09:12:00 PM
seronoknya. syukur sebab masih berpeluang bertemu ramadhan.
macam-macam kenangan sedari kecil hingga dewasa.
jangan cakap lah pasal ponteng pose. yakin sangat sume orang pernah lalu fasa itu.
betul x?
rindu nak tarawikh. rindu juga nak rasa suasana pose lagi.
pastu raya. jangan harap dah duit raya.
malu ja!
kehilangan > cont'd
termeterai pada 8/21/2009 08:35:00 PM
aku tak sangka teman sejiwa aku sangat kuat kerana dia pergi menziarah ke rumah arwah rakannya yang meninggal dunia kerana lemas di Lata Hammer, Bentong.
aku terpaksa cover untuk dua kisah sedih itu aku hampir menangis kerana kehilangan mereka sangat ditangisi oleh keluarga mereka.
apa agaknya rasanya apabila keluarga aku dan teman sejiwa aku akan rasa jika aku pergi meninggalkan mereka untuk selama-lamanya?
atau, apa perasaan aku andainya keluargaku atau teman sejiwa ku meninggalkan aku untuk selama-lamanya?
aku betol2 tak tahu....
al-Fatihah
Wednesday, August 19, 2009
kehilangan
termeterai pada 8/19/2009 09:10:00 PM
aku dapat assignment yang sangat menyentuh hati. aku sebak. tapi ku tahan.
"ini tugas. aku kena slalu bersedia. jangan terbawak-bawak. walaupun seteruk mana ko jumpa mayat tuh," kata aku pada diri aku sendiri.
aku terus ke Hospital Sungai Buloh. disitu aku bakal berdepan dengan sesuatu yang pertama aku hadapi sejak bekerja nih.
aku gerak dengan kawan sekerja. kami senyap sunyi. sebak mungkin.
sebaik sampai, kami terus mengenalkan diri pada keluarga Allahyarham Muhammad Nafis Razak.
aku sedih. arwah Nafis hanya baru berusia tiga tahun. dia meninggal dunia kerana lemas di sungai di hadapan rumah ibu saudaranya sendiri.
aku bertemu bapa arwah. dia sebak ketika berkata-kata.
ibu arwah tidak dapat aku ketemu. bukan jodoh agaknya.
arwah lemas hanya kerana ingin mencuci seliparnya yang kotor.
aku lihat wajah arwah sewaktu dia ditemui.
tenang. seperti sedang tidur. kanak-kanak kecil yang masih belum tahu apa itu dosa.
hidup dengan keindahan. ternyata, Allah lebih sayangkan dia dan hanya dapat meminjamkan arwah untuk seketika kepada ibubapanya.
sebelum itu, aku terima panggilan dari teman sejiwa. memberitahu tentang kematian rakannya.
kenapa aku perlu hadapi dua kematian dalam satu masa yang sama?
dugaan aku benar-benar mencabar keimanan. tapi aku gagahkan juga.
............
to be continued>>>>>
Sunday, August 16, 2009
masih kisah semalam
termeterai pada 8/16/2009 07:41:00 PM
biarlah rahsia. hahaha. mual aku.
dijadikan cerita, teman sejiwa ade show. malam di PJ. dia mengajak.
puas dia ngajak. aku tetap tak mahu pergi. jual mahal lah kunon.
dalam diam, aku minta izin dari papa.
akhirnya, papa bagi dan syaratnya dia nak hantar.
yay! aku menjerit suka. tapi,rilek dulu.
telefon bimbit berbunyi, tanda mesej masuk.
"camne yunk?sy otw dh." kata dia.
"xpe,awk g dlu.sy g sendiri nnt."
stop. aku memang sengaja. pedulik hape. aku geram.
mujur aku tak sesat. sampai ke destinasi akhirnya. aku buat satu panggilan.
"hello. awak katne?"
"APE?AWAK SESAT?! macam mane boleh sesat?saya dah sampai nih."
beberapa ketika berlalu. dia dengan suksesnya jumpa tempat yang dituju lepas aku beri arah.
sengal! aku tak betol2 tak faham macam mane dia boleh sesat. bukan tak biasa.
takpe,kesian dia. dah lambat. tiba2, aku sejuk tengok muka dia.
lagipun malas nak marah dia time nih.
nak mati?silakan berbuat begitu. (marah dia waktu dia sedang panik kerana lambat. nahas la jawabnya.)
hasilnya,aku dapat pujian. hati kembang,senyum ke telinga. ho lah!
puas hati kan? =D
kisah klasik ibu ku
termeterai pada 8/16/2009 12:44:00 PM
"wait lah teacher! why you so bising2?" mak aku bertanya kepada guru INGLIS nye...
"Hey, hurry up la...finish you work and you can go back. down there, your driver is waiting for you...that's why i bising2..."
~~~ha? bile mase aku ade driver? monolog mak aku sendirian. padahal kawan2 sekelas dia tengah sebok duk gelak kan die.
"she got no driver lah teacher...that's her father. her father likes to treat her like princess, teacher.hehehehe," sampuk si kwn. mak aku jeling. nak kena nih!
"What?! that's her father eh? hey,ros why you always sit at the back? why don't you sit in front? so arrogant ha..."
""teacher, you can ask my father about that. he asked me to do so. there's nothing else i can do, teacher," terang mak aku kepada guru INGLIS nye tu.
memang sengal. ganjil ke kalau ade parents yang suke and willingly nak hantar anak2 mereka ke tempat yang mereka nak pegi?
tak salah aku rase. same macam apa yang aku lalui.
sebab, diorang risau.
semalam. nak gi dating pon bapak aku sudi nak hantar padahal aku hanya meminta izin pada mulanya.
tak sangka. itulah, kasih ibu sampai ke surga, kasih bapa tiada ending.
tapi dari zaman dolu2 sampai lah skarang, anak2 yang derhaka ade aje. melayu ISLAM plak tu.
kufur nikmat betol!
Friday, August 14, 2009
blogging
termeterai pada 8/14/2009 09:27:00 PM
dah takde benda nak buat. blogging dah jadi hobi. gila! addicted kot.
tapi aku pedulik hape?selagi aku masih punya pc. walaupun bukan secara hakiki aku yang punya.
selamat!
seronok atas garisan (online)
termeterai pada 8/14/2009 06:46:00 PM
memanglah kerja, kerja jugak.
tiba-tiba teringin nak membeli-belah.
duit takde. masa pun takde. takpe, beli dan belah di internet pun boley.
dah jumpa pun. banyak yang cantik2, menarik dan aku pun tertarik.
tapi, masalahnya duit aku disekat-sekat.
tak tahu kenapa, ptptn jadi ptp-tpu.
sialan. aku memang tengah sesak. entah-entah UIA yang sekat duit aku.
apehal plak? aku dah settle yuran pe! cam haram!
takpe. nanti aku sound kedua-dua institusi berkenaan. cuci mata dulu.
heh.
Thursday, August 13, 2009
keliru
termeterai pada 8/13/2009 09:09:00 PM
indah. riang. tenang. berlari dan terus tertawa.
orang kata orang yang suka mimpi ni hatinya putih. aku percaya.
sebab?dia suka warnakan hidup dia dengan warna-warna mimpi. tapi aku takkan jadi pemimpi sepenuhnya.
sebab? aku bukan suka melukis. tak pandai pun. aku suka menulis. tapi aku serapkan kesenian itu dalam tulisan aku.
keliru. memang keliru. apa yang aku suka buat sebenarnya? bermimpi atau menjadi pencipta mimpi? atau aku akan terus kan tulisan yang ibarat mimpi?
entah. stop. aku dah makin keliru.




