Tuesday, April 06, 2010

kanak2 hyperactive, exam SPA dan kisah teman sejiwa

harith dan haziq. peperiksaan perkhidmatan awam gred 41. seorang Pegawai Tadbir Diplomatik.

tenang cik, tenang. hidup memang banyak dugaan dan cabarannya.

biarpun yang mencabar itu, budak-budak, peperiksaan, atau pun perangai seorang yang dikategorikan sebagai orang dewasa.

kuatkan semangat dan terus tenang.

biarkan orang yang didoakan baik2 aje tu sedar bahawa apa yang dia lakukan itu sama sekali tidak masuk akal dan tidak patut.

dia memang takkan pernah sedar yang sikap dia itu bakal menghancurkan hati dia sendiri.

walaupun dia perasan yang dia sangat hebat dan bagus.

persetankan dia dan buat hal sendiri yang dirasakan patut dan wajib.

orang begitu, ada balasan yang bukan kita sendiri yang tentukan.

tentang kisah nakal kanak-kanak hyperactive, itu bahagian mereka. teruskan mendidik dengan bijaksana.

Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kurniakan aku dengan sifat2 Mu yang maha mengasihi dan maha menyayangi agar aku tidak sia2kan apa yang telah aku buat selama ini. Amiiinnn~~~
Read Comments

Wednesday, February 24, 2010

menyampah!

aku rasa marah! rasa meluat! rasa tahap kesabaran aku dah di hujung-hujung tanduk tapi kau tetap macam tu.

aku dikata oleh kawan-kawan kau. sekali takpe. tapi ni dah masuk kali yang keberapa pun aku tak tahu.

aku dah puas diam, bersabar. aku dah rasa macam nak meletup!

semuanya pasal kawan-kawan kau. apa yang kau buat? diam seribu bahasa.

pernah kau bela aku depan kawan-kawan kau? selepas apa yang mereka kata?macam bulan jatuh ke riba, jauh sekali, hanya dalam mimpi.

sekarang ni, terpulang pada kau. aku dah malas nak campur hidup korang yang suka makan orang tuh.

MENYAMPAH!!!
Read Comments

Friday, February 12, 2010

pelancaran OTM

5 Februari 2009.

hari kejadian Orkestra Tradisi Malaysia dilancarkan.

aku pergi atas jemputan kawan baik ku di uia.

juga dijemput oleh teman tercinta.

buat pertama kalinya aku bertemu empat mata dengan Yang Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Utama Maznah Rais yang sedondon berbaju kemeja dan kurung batik warna merah.

lalu di depan ku untuk memasuki dewan utama Istana Budaya sambil tersenyum dan menunduk hormat kepada ku.

aku balas yang sama.

wah! setiap kali aku ke Istana Budaya, pasti akan berjumpa dengan orang-orang yang aku selalu berangan nak jumpa.

sebelum ni, sewaktu menonton persembahan makyung, Anak Raja Dua Serupa.

itu kali kedua aku bertemu dengan Che Kem, atau nama sebenarnya, Mohd. Kamarulzaman Taib.

kali pertama di Dewan Filharmonik Petronas. aku memang suka sangat dengan dia ni.

ketika bertemu di IB, matanya tidak pernah lepas memandang aku.

memang syiok ah!

kemudian aku dikejutkan dengan persembahan OTM ini lagi, Jamal Abdillah menyanyi dihadapan mata ku sendiri!

gila lah!

tapi sayang, aku tak dapat merakamkan saat-saat manis itu dengan kamera kesayanganku dek kerana terlalu terkejut dengan pertemuan itu.

bagaikan mimpi.

suatu masa dulu sewaktu aku masih bersekolah rendah, aku begitu minat dengan lagu cinta melankolia, oleh band heavymachine.

dan sungguh tak kusangka, aku bergambar dengan penyanyi lagu itu di malam pelancaran OTM!!!

sebelum itu, sewaktu menonton AJL 24 pada 6 Januari 2010, aku begitu terpesona dengan persembahan erhu oleh seorang gadis sewaktu Aizat mendendangkan lagu juara, Pergi.

aku memang berangan nak bertemu dengan gadis erhu itu dan menyatakan yang aku begitu meminati beliau dan kagum dengan kebolehan serta bakat miliknya.

dengan izin Allah, hajat ku dimakbulkan dan aku siap bergambar dengan beliau sambil menyatakan pujianku terhadapnya.

lantas, endang tersenyum sebagai balasan dan kami sempat berborak seperti sudah kenal lama.

pada endang, saya ucapkan selamat maju jaya dan selamat bergelar pengantin baru!!!

alhamdulillah~~~~~
Read Comments

Tuesday, February 02, 2010

kisah berlari-lari waktu tengah malam

aku tidur. semua orang pun tidur.

dah tengah malam. mungkin jam 3-4 pagi. aku tak tahu.

tiba-tiba, aku rasa aku bukan sedang tidur. aku berlari.

lari dari siapa, aku tak tahu.aku rasa ada orang kejar.

aku lari dan lari dan lari lagi.

sampai satu tempat. takde siapa pun kat situ.

aku rase ade orang kejar. lagi dan lagi.

aku pasti aku bermimpi. aku pasti. aku cuba buka mata.

tapi bukan ke aku berlari memang buka mata?

aku sedar. memang betul aku sekarang berada atas tilam. di rumah.

bukan di mana-mana tempat asing.

aku tutup mata dan cuba tidur. aku berlari lagi.

pelik. aku teruskan berlari.

aku buka mata dan cuba sedarkan diri.

sah aku memang di rumah dan hari pun dah pagi.

gila! kemana aku berlari malam tadi dan dari siapa, aku tak pasti.

yang pasti, aku penat bila bangun pagi tu.
Read Comments

Thursday, January 28, 2010

kisah areej eps 2

"ayah, areej nak cari kerja sementara, boleh tak?"

"kerja apa yang kau nak buat?"

cari je lah kerja kat mana-mana. shopping complex mesti banyak."

"huh!"

senyap. sunyi. sepi. apa lagi yang patut aku buat?

SATU HARI DALAM BULAN JANUARI.

"jue, awak senang bila?"

"kenapa"

"temankan kita cari kerja, boleh?"

"boleh. kat mana?"

"tengoklah kat mana-mana pun. tak kisah. shopping complex berlambak."

"ok. bila kita nak pergi?"

"esok."

"set!"

WAKTU ITU.

"areej, awak tak jadi ikut abang fird?"

"ke mana?"

"photoshoot tu lah. ke mana lagi?"

"tak nak lah."

"kenapa, awak ada hal ke?"

"tak lah. tak tau. tak kot."

"mana satu ni?"

"mana-mana lah."

"areej!"

"apa?" riak areej memang bisa bikin dia ditempeleng.

"awak tu, apa kenanya? moody je."

"tak ada apa-apa lah. okay, nanti borak lagi eh? saya mengantuk. selamat malam."

malam itu sunyi sepi. macam dilanggar garuda.

HARI INI.

areej memang cintakan fotografi. itu dunianya.tetapi tiada siapa yang faham.

memang ada yang faham, abang fird, 'abid, ibu. tetapi, mereka faham tak yang hidup ni amat sukar?

ayah tak kan benarkan. sedang hasil kerja areej dikutuknya.

memang betul lah bukan setiap kali kejayaan berpihak pada kita. ayah tak faham ke?

dan memang benar juga yang kita tak semestinya kena selalu hadapi kegagalan itu. areej faham tak hakikat itu?

abang fird, 'abid, ibu dan beberapa orang lagi mengatakan yang hasil kerja areej memang tak dapat disangkal.

ada bakatnya. ada seninya.

tapi, mereka sedar tak yang hidup areej tersekat?

areej sekarang dalam dilema. tiada siapa yang tahu.

sambungan lagi di masa yang lain...
Read Comments

Wednesday, January 20, 2010

kisah areej

"areej, dah selesai tugasan kamu?"

"belum, ayah." areej membisu setelah mulutnya yang comel itu melantunkan jawapan.


"apa?! habis tu, bila kamu nak siap kan? nak tunggu kucing bertanduk?!"


areej terus diam dan diam.


dia takkan berkata-kata selagi ayahnya tidak mahu berhenti bercakap, membebel dan meleterinya.


areej sedar dunia yang maha kejam takkan berpihak padanya.


areej terus termenung. berfikir dan berfikir.


SUATU MASA YANG LAIN.


"hai, muna. apa kerja kau sekarang?"


"aku sekarang kerja bank. boleh tahan lah gaji. mantap!" muna sengih.


hmmm...sengal perempuan ni. aku hanya bertanyakan dia kerja apa, tak pulak aku tanya gaji dia macam mana.


"Oh! bagus lah kau dah ada kerja. tak macam aku."


"alah areej, kerja berlambak je kat luar tu. tapi berapa eh pointer kau?"


areej diam dan terus pergi.


takkan aku layan lagi minah senget ni. selalu off track.


SEKARANG.


"areej, minat awak pada fotografi kan sangat tinggi. kenapa awak tak teruskan je? lagipun awak berbakat dalam bidang kewartawanan. dah ada pengalaman pun."


senyap. tiada kata-kata berbaur jawapan yang keluar.


"areej, saya cakap dengan awak ni. awak dengar tak?"


"hah?!" itu sahaja yang mampu areej luahkan.


SEMALAM, KELMARIN, MASA YANG SUDAH LEPAS.


fotografi, menulis, stabil dan tak stabil.


antara kerja tetap dan main-main. (maksudnya sementara)


jauh dalam sudut hati areej, fotografi yang utama. menulis juga begitu.


tetapi, dengan kosong pengalaman, siapa yang akan menggajikan areej untuk jadi jurufoto mereka?


dengan jiwa yang tak berapa nak kuat, mampukah areej makan gaji sebagai wartawan yang kerjanya tak pernah ada titik noktah dan mesti hidup 24 jam sehari, 168 jam seminggu, 720 jam sebulan?


tidak mungkin areej boleh jadi penulis tanpa ada satu pun stimulasi yang menjadi faktor X nya.


hanya keajaiban yang hakiki sahaja dapat tentuksn apa takdir areej.


akan disambung kemudian...
Read Comments

Monday, January 18, 2010

baca@LRT - sekadar ulasan

16 Januari 2010 Masihi. 1 Safar 1431 Hijrah.

ada satu kempen pembudayaan membaca di kalangan rakyat Malaysia.

di dalam Aliran Transit Ringan atau Light Rapid Transit yang bermula pada jam 10 pagi.

pengasas atau pencetus idea, rakan ku sendiri yang pernah tolong aku waktu pengajian ku dahulu.

jujur aku lebih mengenalinya dengan panggilan ROBOT.

maaf bot, aku lupa nama kau yang sebenar sebab aku rasa secara saikologi, perasaan betapa hebatnya persahabatan itu lebih dari sebuah nama.

ya, apa ada pada nama? itu bukan persoalan sekarang.

berbalik kepada kempen itu, ada pro dan kon nya.

ya, memang idea itu sangat bagus. memberi teladan pengajaran kepada generasi muda dan tua bahawa membaca itu penting.

sebab, kalau tak boleh membaca, bagaimana seseorang itu dapat memahami apa erti undang-undang, budi pekerti, hatta rukunegara sendiri yang lima itu.

tanpa membaca, mereka takkan dapat memahami apa itu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan pada Raja dan Negara, kedaulatan undang-undang, keluhuran perlembagaan, kesopanan dan kesusilaan.

tetapi, alangkah sedihnya jikalau, kempen ini hanya sekadar sebuah kempen.

yang tidak dipraktikkan, tidak diambil peduli, tidak dihiraukan oleh masyarakat itu sendiri.

melalui pengalaman, ini sesungguhnya benar.

seorang remaja berbangsa Cina, bertanyakan adakah kempen ini akan berjaya? atau sekadar melepaskan batuk di tangga? atau seperti rumah dah siap tetapi pahat masih berbunyi?

kalau difikir-fikirkan, memang betul apa yang dikatakan remaja terbabit. kalau setakat yang hadir tidak meneruskan inisiatif tersebut, tak kan kemana lah kempen tu.

teman rapat saya sendiri berkata, "alah, sekadar memenuhi ajakan rakan. dah jumpa kawan-kawan lain nanti, borak je yang lebih."

apa maksudnya?

fikirlah sendiri.
Read Comments

Monday, January 11, 2010

faizal tahir, yuna dan aizat

berbakat.

berbakat.

berbakat.

muzik pada mereka umpama nafas.

kagum pada usia muda dah berjaya.

tapi sayang, tak ramai yang begitu.

berjaya dari segi memusnahkan diri agama bangsa dan negara.

bangkitlah, hijri dan masihi dah melepasi.

kesedaran hakiki yang mutlak.

sampai bila nak begini?

fikir-fikirkan lah~
Read Comments

Monday, December 14, 2009

haru biru di saloma bistro

7 disember, 2009. isnin.

mengikut teman sejiwa membuat persembahan di saloma bistro ampang.

seronok sebab dah lama ingin jejak kaki di situ. saja nak tengok kehidupan orang kaya.

kaya seni kaya duit.

lagipun itu tempat mengenang hasil agung seni allahyarham saloma dan allahyarham tan sri p. ramlee.

di situ juga pusat pelancongan malaysia.

jadi, ramai pelancong dari serata dunia.

persembahan mereka kali ini sempena hari aids sedunia.

tetapi inilah show paling huru hara yang pernah aku kunjung.

penaja yang gila kuasa, pengurusan masa yang sangat haru biru, gelagat peserta yang sungguh "1MALAYSIA".

ternyata mereka salah konsep.

hilang budaya yang sangat tinggi nilai estetikanya.

jadi eksotik. yang langsung lari dari sentimen-sentimen kehalusan adat budaya malaysia.

satu terjahan di fikiran ku, adakah mereka ini hilang akal? atau sudah hilang kepekaan terhadap akar umbi asal usul mereka sendiri akibat terlalu ingin berintegrasi dengan bangsa penjajah yang dahulu pernah menyekat kebebasan mereka?

adakah mereka ini sudah lupa akan erti kata sebenar kebebasan yang dijuangkan oleh para pejuang zaman dahulu?

yang akhirnya mengikat mereka kembali pada fahaman dan budaya penjajah tanpa mereka sedari.

kasihan orang kita sekarang.

menyedihkan!
Read Comments

kenang-kenangan di temasek

temasek.

atau singapura.

masuk kali ini, ia sudah kali kedua.

aku ke singapura.

pertama kali, ke rumah sahabatku, khairun nisa yusni.

atas undangan yang tidak formal. saja jalan-jalan.

belajar melancong sendirian dan belajar apa itu berdikari di negara orang.

walaupun singapura itu terlalu dekat dengan malaysia, tapi aku tetap berada di luar negara. ahahaha.

seronok. merata tempat di singapura aku jejak.

yishun, kranji, bugis street, orchard street, geylang, city hall, raffles place, esplanade dan tampines.

termasuklah bertemu bersama datuk singa. the merlion.

turut serta, teman sejiwa, wahyun anwar abd rahman.

itupun selepas selesai persembahan mereka di majlis perkahwinan norfasarie yahya dan baihaqi.

si perempuan, model dan pelakon negara itu manakala si lelaki ialah pemain bola sepak singapura.

banyak yang aku pelajari tika pertama kali disitu.

kebanyakannya cara hidup dan pergaulan.

kedua kalinya, juga atas undangan. tetapi undangan walimatul 'urus.

majlis perkahwinan sahabatku tadi.

kali ini, perasaan itu bercampur baur.

sedih juga gembira.

teruja juga.

penambahan ahli baru, bekas teman sebilik, siti adila mohamad.

kasihan dia. baru belajar cara hidup yang serba serbi pantas.

bagus untuk dia.

kadang-kadang, perangai dan cara laku seseorang itu bisa buat kita pusing.

aku juga belajar. stress management juga perhebatkan lagi time management.

alhamdulillah, sukses.

pendek kata, aku seronok dan ingin mengembara lagi!
Read Comments

Thursday, November 26, 2009

tak faham bahasa

nombor pelik dan aneh-aneh kerap muncul di skrin telefon bimbit milik aku.

mulanya aku biarkan. memang langsung tak peduli.

datang suatu hari, satu nombor aneh muncul sebagai one missed call. ( satu panggilan yang terlepas.hurm...masalah bahasa yang bertembung)

aku musykil dan seperti lazim, aku berlagak biasa.

hingga tiba satu mesej. dari nombor yang baru sahaja terlepas dari diterima.

aku memang hangen bila baca mesej itu. aku balas bertanyakan siapa gerangan yang berani mengganggu itu.

hah!masih wujud lagi makhluk Allah yang satu ini. aku menyirap dan sesungguhnya aku tak langsung nak minum air sirap.

apa yang dia nak lagi setelah aku katakan yang antara kami semuanya sudah berakhir?

adakah makhluk Allah ini tak faham bahasa?

adakah aku menggunakan bahasa yang memang langsung dia tak mengerti?

sesedar aku, dia berbangsa Melayu yang tentu sekali faham dengan baik erti bahasa.

adakah perlu aku berbahasa asing baru dia akan faham?

sebab setahu aku, dia memang tak faham walau aku berbahasa Jepun sekali pun.

itu sudah tentu.

mengapa aku berkata begitu sedangkan mungkin sebarang kebarangkalian yang dia faham akan ada.

tetapi, pada aku, jika bahasa ibunda sendiri dia menolak untuk memahaminya, apatah lagi keupayaan dia untuk memahami bahasa ibunda orang lain.

itu aku pasti.

damn! when I say it's over, IT IS OVER, DUDE!!
Read Comments

Thursday, November 19, 2009



hidup ku
Read Comments

Read Comments

Monday, November 16, 2009

kisah cinta orang lain

ini kisah cinta orang lain.

bukan aku dan teman sejiwa ku.

kisah cinta bersegi-segi. terlalu banyak segi.

dugaan dari luar buat ia nampak teruk.

tapi apa kaitan dengan aku?

si arjuna ialah bekas teman sejiwa aku.

berkasih-kasih dengan teman sekelas ku semester terakhir selepas tiada jodoh dengan ku.

aku tak kisah. aku sendiri teruskan hidup.

kisah mereka agak tragik. mungkin, padaku.

si arjuna pernah berkata, dia menyesal kerana meninggalkan ku.

tapi adakah kefahaman dia tentang tiada jodoh itu cetek?

dia cuba bercinta dengan teman sekelas ku ini. hampir setahun.

aku gembira lihat dia bahagia. tapi aku tau melalui matanya, dia tidak.

biarkan.

suatu hari, "salam...fairuz, bz x rini?skrg keje katne?"

lebih kurang mesej yang aku terima dari teman sekelas.

aku beri jawapan dan dia mengatakan dia ingin bertanya tentang si arjuna. dah hampir setahun baru nak tanya?

aku beri jawapan yang dia perlukan. langsung dia menceritakan kisah mereka.

dah putus. atas sebab si arjuna punya cinta lain.

si arjuna tidak pernah bersikap begini dulu. ya, manusia berubah.

lebih bagus ke arah yang lebih baik.

pendek cerita, baik si arjuna mahupun teman sekelas, hanya bikin diriku kalut, serabut dan ribut.

masing-masing dah hilang kasih sayang dan yang tersayang, kenapa aku yang mesti beri jawapan?

mana yang lebih teruk, hilang kasih sayang atau hilang yang tersayang?

langsung kepala ku memutarkan bait-bait lirik lagu the show oleh Lenka, penyanyi genit dari British.

just enjoy the show... =D
Read Comments

1 bulan 1 minggu

dari oktober 9 hingga lah november 16.

cukup 1 bulan 1 minggu.

masa yang sangat cemburu pada aku tidak membenarkan aku bermanja-manja dengan blog kesayangan.

tetapi, semua yang tersurat punya maksud tersirat.

kesabaran begitu menuntut aku mengabdikan diriku dengan erti kata yang sebenar.

mengasuh dua anak kecil dan membantu ibu dengan kerja-kerja di rumah.

melayan kesibukan teman sejiwa yang seribu kali lebih sibuk dari aku walaupun aku nampak lebih sibuk. as a matter of fact.

1 bulan 1 minggu.

dan aku masih sempat menghantar resume milikku ke merata syarikat yang mungkin memerlukan aku.

atas sebab kewangan yang semakin sempit dan desakan seorang ayah yang dah tak mampu nak tengok anaknya duduk sesuka hati di rumah.

in fact, aku enjoy belajar tentang segala benda yang dah termaktub dalam kehidupan aku sebagai seorang penganggur terhormat dalam masa 1 bulan 1 minggu ni.

hail life!!
Read Comments

Friday, October 09, 2009

kisah berani aku

kereta bergear manual.


aku takut.


entah nak takut kenapa aku sendiri tak tau.

tapi, pada hari rabu 7 hari bulan Oktober tahun masihi 2009 kalendar Gregorian aku berjaya memandu kereta bergear manual.


sampai ke Hospital Ampang Puteri. gila!


atas paksaan seorang budak berumur 3 tahun yang memiliki nama Muhammad Luqman Harith.


aku gagahkan demi papa, mama, Harith (si budak tot yang sangat mengada) memandu dengan penuh yakin (walau aku tak tau mana datangnya keyakinan itu)


alhamdulillah, kami bertiga selamat sampai.


akhirnya, aku berupaya memandu kereta bergear manual.


gila! ada ke orang kesah kau boleh atau tak? syok sendiri lah.

ikut suka aku lah. 


Read Comments

Monday, October 05, 2009

ego

ego.

kau ego.

aku ego?

siapa kata?

aku kata.

aku pun kata kau juga sama.

kenapa?

sebab kita perlu saling lengkap melengkapi.

benar?

ya, dan kau harus berubah.

aku? kenapa?

sebab kau bukan begitu.

habis, kau? tidak perlu berubah?

aku bukan seorang yang ego.

siapa kata?

aku kata.

SHUT UP!!!
Read Comments

dunia gila!

petang.

aku sedang lepak di pekan lama kopi putih.

bersama aku, sepupu aku. perempuan.


sedang kami, menikmati hidangan minum petang kami, datang tiga perempuan melayu terakhir.


manis berbaju kurung, sanjungan tradisi melayu.

lengkap dengan sanggul di kepala. selendang pula terbuai-buai di bahu salah seorang daripada mereka.


kagum aku melihat mereka. manis lagaknya.



sesuai dengan nama restoran mewah ini.

aku terus nikmati hidangan aku itu.


tiba-tiba, sedang aku mengangkat kepala, aku terkejut bagai melihat beruk.


(tapi kenapa perlu beruk?)


si manis bersanggul dengan selendang, mengeluarkan sesuatu.


aku ralit. terpukau pun. malah saat itu juga aku rasa terpukul.


menyesal dengan pujian aku hamburkan awal-awal tadi.


HELL!!

nak tahu mengapa?


hidung si manis itu berasap. 


lantas aku kerling tangannya.


huh! rokok sebatang sedang berapi.


marak apinya seperti hati aku yang menyumpah kelakuan si manis itu.


langsung masam!




Read Comments

Wednesday, September 30, 2009

salam kemaafan

dari jauh ku pohon kan ampun maaf...

sejak hari itu, aku sungguh sibuk.

ingat kan bila dah keluar dari tempat itu, aku akan punya masa lapang.

namun, itu hanya mimpi.

aku masih juga sibuk.

tambahan pula, syawal dah makin hampir.

tapi itu kisah lalu.

sekarang aku menjadi pencuri.

pencuri masa untuk blog terchenta ku ini.

maaf sekali lagi kerana sudah hampir sebulan (mungkin) aku menghilangkan diri.

dan buat pembaca2 blog ku (kiranya ada) jangan keberatan untuk menunggu kisah2 terbaru si pari-pari melayu dalam menempuh hidupnya selepas menamatkan pengajiannya.

selamat maju jaya...(apehal aku neh? sengal!)
Read Comments

Saturday, September 12, 2009

mari!!!

aku dah penat!

mari pulang.

dan esok aku tak akan datang lagi di sini.

mungkin ada, tapi hanya sebagai pelawat.

tidak mungkin aku akan bekerja sebagai wartawan.

siapa nak jaga anak-anak aku nanti?

jauh mimpi. nikah pon belom!

sudah, jum balik!
Read Comments